Nuffnang

Wednesday, October 6, 2010

SERPIHAN ROKET JATUH DARI LANGIT

Beijing - Penduduk di sebuah kampung di mukim Suichuan, China terkejut selepas mereka melihat beberapa serpihan logam jatuh dari langit pada waktu malam, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada mulanya penduduk kampung itu menganggap berlaku gempa bumi pada tengah malam selepas mereka mendengar dua bunyi letupan yang kuat, baru-baru ini.

Namun, selepas bangun pada waktu pagi, mereka melihat beberapa serpihan logam yang dipercayai serpihan sebuah roket China yang dilancarkan ke bulan.

Serpihan logam itu jatuh dari langit setelah roket Long March 3C yang membawa kapal peninjau pesawat ke bulan, Chang'e II berlepas ke angkasa lepas dari sebuah pusat pelancar roket di wilayah Sichuan, China pada malam Jumaat lalu.

Tidak ada seorang pun dipercayai mengalami kecederaan akibat terkena serpihan itu. Askar-askar China turut mengalihkan serpihan logam itu untuk dipindahkan ke tempat lain

Nota kaki : Kalaulah besi-besi roket ni jatuh kat Malaysia, kaya raya nasib si penjual besi. Jangan jatuh atas bumbung rumah kita sudahlah...ngeri jugak!

Sumber Kosmo Online

4 comments:

  1. Uishhh bayangkan lah kalu jatuh kat kawasan perumahan. Nak claim sapa tuh?

    ReplyDelete
  2. gadisBunga : Dik..kalau jatuh pungutlah amik jual dgn tokey besi buruk...tp biar jatuh tmpt lapang...hehehe

    ReplyDelete
  3. azieazah : Betul gk ya...nak kata bencana alam tk juga perbuatan manusia..camna tu??

    ReplyDelete