Nuffnang

Tuesday, October 26, 2010

TAHAP PENGURUSAN KEWANGAN MENINGKAT

Putrajaya - Jabatan Audit Negara berkata tahap pengurusan kewangan bagi agensi kerajaan adalah lebih baik pada tahun 2009 daripada tahun sebelumnya dan peningkatan itu menunjukkan pelaksanaan sistem penarafan yang berasaskan kepada indeks akauntabiliti (IA) telah memberi dorongan kepada ketua-ketua jabatan untuk memberi lebih perhatian kepada pengurusan kewangan.

Dalam satu kenyataan mengenai Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 yang akan dibentangkan di Parlimen pada Isnin ini, jabatan tersebut berkata daripada 386 agensi yang dinilai pada tahun 2009, sebanyak 47 (12.17 peratus) telah mendapat penarafan "sangat baik".

Pada tahun 2008, daripada 275 agensi yang dinilai, hanya 20 (7.27 peratus) telah mendapat penarafan "sangat baik".

Berdasarkan kepada pengauditan terhadap 382 penyata kewangan kerajaan dan agensi kerajaan pada tahun 2009, sebanyak 357 (93.5 peratus) penyata kewangan telah diberi sijil audit tanpa teguran.

Selanjutnya klik Bernama.

No comments:

Post a Comment