Nuffnang

Wednesday, October 27, 2010

HUKUM TEETH BRACES @ PENDAKAP GIGI


Korang tingin tak nak pakai teet braces @ pendakap gigi...ekekeke. Cian kita tengok dorang yang baru pakai. Nak cakap pun seksa, makan lagi la...hehehe. Zok, zek, zok, zek...hehehe

Sapa yang takmo cantikkan, nasib gigi kita dah parking cantik. Mau tak kena kuar riban-riban...hehehe. Ada juga orang yang mempertikaikan dari segi hukum hakam bab memakai teeth braces. Cuba baca di bawah.

Soalan :

Kemusykilan saya mengenai rawatan gigi. Adakah umat islam boleh mengunakan rawatan pendakap gigi untuk meluruskan gigi bagi tujuan untuk kecantikan?

Jawapan :

Imam Nawawi menegaskan dalam menjelaskan hadith yang bermaksud, "perempuan-perempuan yang menjarangkan gigi dengan tujuan kelihatan cantik". Menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perbuatan tersebut untuk tujuan kecantikan semata-mata.cAdapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya maka diharuskan.

Jelaslah bahawa pendakap gigi (braces) tidak termasuk dalam mengubah gigi yang dilaknat Allah dan Rasulnya, kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah secara sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi.Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatangkan kesakitan pada fizikal tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.

No comments:

Post a Comment