Nuffnang

Monday, October 18, 2010

TIADA BONUS KERANA KOS BESAR

Kuala Lumpur - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa kerajaan tidak dapat memberikan sebulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan besar iaitu RM3.1 bilion. Oleh itu, katanya, pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, memang banyak pihak yang melobi supaya kerajaan dapat mengisytiharkan bonus sebulan kepada 1.2 juta penjawat awam. Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan telah belanja RM3.1 bilion pada kerajaan... kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara.

Sumber : Kosmo.

4 comments:

  1. salam ct

    syukur alhamdulillah, dapat juga

    ReplyDelete
  2. Ayah Zain : hehehe....dpt jugakan...

    ReplyDelete
  3. campur dgn sumbangan hari raya RM 500 tempoh hari dapat RM1000..banyak juga tu :)

    ReplyDelete
  4. orang muo : Alhamdulilah, syukur tu...kita kena ingat btapa susahnya pjawat awam dulu...dgn gaji dan tiada bonus/wang ihsan...gaji dorang lagi la kecit...

    ReplyDelete