Nuffnang

Saturday, October 16, 2010

TIADA GADING, TANDUK PUN BERGUNA

Kuala Lumpur - Ungkapan 'tiada gading, tanduk pun berguna' memang sesuai menggambarkan sikap dua penjenayah yang menyamun seorang wanita di Kayu Ara, Petaling Jaya dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 3.15 petang itu, kedua-dua suspek pada mulanya mungkin berangan-angan akan memperoleh habuan wang tunai apabila menyamun seorang pengurus wanita yang sedang berjoging. Namun, impian dua lelaki terbabit tidak kesampaian apabila mangsa rupa-rupanya berjoging tanpa membawa wang kecuali telefon bimbit dan seekor anjing.

Justeru, akibat terdesak kerana enggan pulang dengan tangan kosong, penjenayah terbabit mengambil keputusan melarikan telefon bimbit mangsa dan anjingnya. Sumber polis memberitahu, pengurus wanita berusia lingkungan 20-an itu sedang berjoging bersendirian membawa anjingnya apabila dihampiri oleh dua lelaki menaiki motosikal.

Katanya, anjing terbabit baru dibeli oleh wanita itu beberapa bulan lalu dengan harga lebih RM1,000. Semasa sedang berjoging, dua lelaki menaiki motosikal telah berhenti dan menghampiri mangsa sebelum mengeluarkan pisau lipat dan mengacukannya ke arah mangsa.Suspek kemudian memaksa mangsa menyerahkan telefon bimbit dan wang namun mangsa tidak memiliki wang pada masa itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber itu memberitahu, penjenayah yang tidak berpuas hati kerana gagal mendapatkan wang daripada mangsa bertindak merampas anjing yang dibawa wanita itu sebelum melarikan diri.

Nota kaki : kalau kita jadi anjing tu, sure kita menyalak manjang pastu geget mana yang patut...kongggg! konggggg! :)

Sumber : Utusan.

2 comments:

  1. ermmm anjing dia kut ...
    tu sebab anjing tu tak bertindak pun ..

    ReplyDelete
  2. T@sh Sch@ : cian anjing gk yg di salahkan...:)

    ReplyDelete