Nuffnang

Sunday, October 10, 2010

TUNKU MAHKOTA JOHOR PRO CANSELOR UTHM

Batu Pahat - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini mengisytiharkan anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pro-Canselor Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) sempena konvokesyen ke-10 universiti itu pada Ahad.

Sultan Ibrahim yang juga Canselor UTHM turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Teknologi) kepada mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Pada majlis yang sama, baginda turut menyampaikan watikah anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan Teknikal) kepada Mantan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Imran Idris.

Dalam titahnya pada majlis tersebut, Sultan Johor antara lain menggesa mahasiswa menajamkan minda dan intelek melalui konsep pendidikan yang berkesan.

Selanjutnya sila klik Bernama

No comments:

Post a Comment