Nuffnang

Thursday, October 28, 2010

WARGA UTM BERPUISI

Malam Puisi Riong Berita Harian-Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke-2 di UTM, Skudai, baru-baru ini, melengkapkan makna kemanusiaan sejagat dalam bentuk puitis melalui bacaan puisi oleh sarjana dan pelajar sarjana dalam bidang sains termasuk pelajar dari luar negara.

Usah lagi buka pintu rumah kita ini
untuk angin gunting yang kasar
biarpun sezarah suara rasa simpati
tergoncang di ragawi pencalang
menanti ketika untuk merubah segala lalu mengopak kulit keamanan
menghiris pilu daging kemakmuran
yang telah terbina kukuh
selirat akar peradaban tamadun ini.

Selanjutnya klik Bharian.

No comments:

Post a Comment