Nuffnang

Monday, October 4, 2010

WARNA WARNI TULIP DI BUKIT LARUT


Menikmati secawan kopi panas sambil mata dijamu dengan keindahan alam semula jadi yang menghijau sungguh mengasyikkan. Ditambah dengan cuaca yang sejuk dan tenang dengan ditemani kicauan burung yang merdu, cukup mendamaikan.

Itulah yang akan dirasai tatkala berkunjung di kawasan rekreasi Tanah Tinggi di negeri Perak, Bukit Larut.

Diterokai lebih 100 tahun lalu, Bukit Larut atau 'Maxwell Hill' yang dinamakan sempena Residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880 masih menawarkan ketenangan dan keindahan mempesona.

Keindahan, kedinginan dan ketenangan bukit peranginan itu nyata tidak dimamah usia biarpun diteroka sedekad lalu.

Walaupun terletak di kawasan paling lembap di Malaysia, pengunjung masih berpeluang melihat keindahan bandar Taiping hingga ke kawasan pesisiran laut Kuala Sepetang.

Bukit Larut juga terkenal dengan pelbagai jenis bunga tulip segar dan lebih menarik jika mengunjungi di antara Disember hingga April.

Benih bunga tulip yang ditanam di situ diimport dari Belanda setiap tahun, disemai dalam bilik sejuk yang mempunyai suhu kurang 8 darjah selsius selama 15 minggu. Selepas dua minggu, bunga tulip itu akan berbunga. Antara jenis bunga tulip yang disemai berwarna merah, merah jambu, putih serta ungu. Kerana itu, kebanyakan pengunjung warga Inggeris menyamakan Bukit Larut sebagai Switzerland musim bunga.

Tarikan lain Bukit Larut ialah keunikan penginapan atau banglo. Terdapat empat banglo iaitu Beringin, Angkasa, Cendana dan Tempinis yang dijadikan penginapan dan ia pastikan mempunyai sejarah tersendiri. Asalnya, banglo Beringin dikenali sebagai Rumah Rehat Watson. Ia meliputi kawasan seluas 1.2 hektar dan diketinggian 1,036 meter atas paras laut.

Berita selanjutnya hmetro online.

No comments:

Post a Comment