Nuffnang

Thursday, October 7, 2010

WEDDING OF THE YEAR




Wow! Tadi jam 11.oomlm kita menonton TV3 rancangan Soal Jawab bersama Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Pasangan yang sama cantik dan sama padan.

Perkahwinan angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan Dr Harlina
dijangka akan menjadi perkahwinan paling bersejarah kerana akan dihadiri oleh 100 angkasawan dari 35 negara disamping seramai 10,000 rakyat Malaysia yang akan menghadirinya.

Perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina akan diadakan pada 10 Oktober 2010 sempena ulang tahun ketiga Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke angakasa lepas.

Malah tarikh 10.10.10 dilihat sebagai suatu yang amat menarik. Dengan jemputan seramai 10,000 orang, dan persiapan besar-besaran, perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos boleh diisytiharkan sebagai ‘wedding of the year’.

Kita doakan kebahagiaan mereka berdua. Insyallah.

No comments:

Post a Comment