Nuffnang

Saturday, November 13, 2010

2 PELAJAR UiTM MAUT LANGGAR POKOK

Dua pelajar semester pertama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terbabas lalu melanggar dua batang pokok di KM47.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran susur keluar Alor Setar Utara di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Abdul Ghafar Rajab berkata, dalam kejadian kira-kira 7.20 pagi itu, kedua-dua mangsa menaiki kereta jenis Produa Viva bersama dua lagi rakan mereka.

Mereka yang maut di tempat kejadian ialah Syazwan Azizan, 19, dan Azrul Hadi Azizan, 18, manakala Mohd Aiman Ismail, 18, cedera parah dan pemandu kereta, Faris Abdul Ghani, 18, mengalami cedera ringan, katanya di sini hari ini.

"Pemandu kereta tersebut memaklumkan bahawa dia ternampak sesuatu melintas di jalan menyebabkan dia menekan brek secara mengejut menyebabkan kereta tersebut terbabas dan melanggar dua batang pokok.

"Keempat-empat mangsa tercampak keluar dari kereta dan semasa kejadian hujan turun renyai-renyai,” katanya.

Sumber : Kosmo.

No comments:

Post a Comment