Nuffnang

Monday, November 8, 2010

AL FATIHAH

Jam menunjukkan 9.15mlm, kita baru selesai baca paper Harian Metro. Memandangkan program tv pun kurang menarik kita buka facebook tengok berita-berita dari family yang terkini. Inilah cara kami berhubung baik yang jauh mahu pun yang dekat. Rasanya dalam family kita 90% ada akaun facebook tak kiralah dari yang kecil sehingga yang dewasa kecuali abah dan mak....hehehe. Tapi jangan tak tau abah kita pun celik ilmu orangnya, insyallah kalau kita ajar sure dia boleh tu...hehehe

Dalam masa kita semak dekat wall terpandang berita bonda Puan Muzaimah kembali rahmatullah di Arab Saudi ketika mengerjakan haji. Subhanallah alangkah beruntungnya hamba Allah ini merupakan salah seorang insan yang terpilih perginya di sana.

Untuk Puan Muzaimah tabahkan hati dik, yang hidup pasti kembali padaNya. Kita yang hidup doakan yang baik-baik, semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarhamah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah!

2 comments: