Nuffnang

Thursday, November 11, 2010

CHEF WAN DI IKTIRAF DUTA PELANCONGAN MAKANAN

Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Cef Wan menjadi tokoh pertama yang dilantik sebagai Duta Pelancongan Makanan 2010/2012 Kementerian Pelancongan.

Beliau menerima sijil pelantikan tersebut yang disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen pada majlis pelancaran "Asean Heritage Food Trail with Chef Wan".

Bagi Chef Wan, anugerah itu akan menjadi inspirasi kepada beliau untuk meningkatkan lagi usahanya dalam mempromosi makanan Malaysia di luar negara.

"Dengan anugerah ini, saya akan bekerja lebih kuat untuk mempromosi masakan Malaysia dan saya boleh katakan anugerah ini akan menggerakkan saya untuk lebih jauh ke hadapan bagi memberitahu seluruh dunia tentang makanan Malaysia," katanya.

Dalam ucapannya, Dr Ng berkata program Asean Heritage Food Trail with Chef Wan itu adalah selaras dengan inisiatif Kementerian Pelancongan untuk menjadikan pelancongan makanan sebagai medium untuk mengeratkan negara-negara Asean.

Inisiatif tersebut juga merupakan sumbangan ke arah pembangunan dan promosi Asean sebagai destinasi pelancongan tunggal yang mempunyai tarikan, standard dan kemudahan bertaraf dunia, katanya.

"Kementerian ini mahu mempromosi pelancogan makanan kerana menerusi kempen seumpama ini, kita boleh mewujudkan bidang komersial, peruncitan dan kaitan pelanggan dengan industri hospitaliti dan makanan," katanya.

Penggambaran 13 episod siri Asian Heritage Food Trail with Chef Wan akan dilakukan mulai Khamis sebelum disiarkan di Astro Prima atau Saluran 105 sepanjang dua minggu terakhir bulan ini.

Sumber : Bernama

2 comments:

  1. Kak CT .. pe kabar?? saya dtg bca n3 chef wan .. tp no komen arr ..

    ReplyDelete
  2. Dik Ella : Kita sapa ekk...nk komen kat dia...hi3...bz aarrr dia tu...

    ReplyDelete