Nuffnang

Tuesday, November 30, 2010

DETIK-DETIK CEMAS

Kadang-kadang dalam senyum ketawa seharian orang tak perasan kita menderita. Kita anggap itu lumrah alam, dalam ketawa ada tangisnya dan sebaliknya. Kita jangan sesekali bersedih dan kecewa sebab ada insan lain yang lebih azab sengsara dari kita.

15hb November 2010, incik asben kita balik dari outstation dari Perlis. Kita dah merasakan sesuatu yang tak kena, sesak nafas. Still kuatkan semangat untuk ke pejabat, menyiapkan kerja-kerja akhir tahun. 16hb November 2010 kita ambil 3 jam mengambil anak di asrama. petangnya bermula episod demam, batuk dan sesak nafas yang berpanjangan. kita dah bermula gantung dengan oksigen dan nebulizer.

Bermulanya tarikh 17 November 2010, ketika umat Islam sibuk menjamah ketupat rendang, tiada kamus raya dalam family kami. Hidangan oksigen sudah memadai ketika itu. Cian, kita tengok incik asben dan anak-anak ketika itu. Kita nampak mereka tak menjamah apa-apa pun apatah lagi meneguk air. Pagi tu kita cuba dapatkan bantuan oksiden di Penawar tapi cukup menghampakan doktor tiada. Klinik-klinik lain pun serupa. Kami bergegas ke Pusat Kesihatan UTM minta bantuan. Alhamdulilah bahagian kecemasan sedia membantu. dapat sikit kita bekalan oksigen. Thank you Allah and UTM for giving me the space to live on this!

Bila keadaan nampak reda, incik asben dan anak-anak tinggalkan kita solat raya di masjid. Lepas tu kita nak jumpa abah. Incik asben bawa kita dapatkan bekalan nebulizer di Penawar sebelum ke rumah abah. Sampai rumah abah pun kita dah tido tak kisah apa yang berlaku. Petang balik rumah, sesak nafas semula. Dapatkan bantuan di Penawar semula.

Bermulalah episod memang dah sukar nak bernafas. Bibir dan tangan dah nampak kebiru-biruan. Kita hanya hanya bergantung dengan nebulizer dan oksigen tapi kita cuba lawan, manalah tahu boleh sembuh.

Namun arahan doktor yang buat kita benar-benar tersentap 'Awak nak mati ke?, paru-paru dah kecut'. Tanpa membuang masa kita akhirnya pasrah untuk masuk wad. Masa di wad kecemasan pengambilan Nebulizer dan oksigen tanpa henti selama 4-5 jam. Akhirnya kita di masukkan di wad 7B, Hospital Sultan Ismail, Taman Mount Austin dalam pengawasan doktor.

Semua ahli keluarga kita berkumpul di luar bilik kecemasan kecuali Ita yang sedang bercuti di Sabah sekeluarga. Dalam dia bercuti, hati dia tak senang memikirkan kita.

Terima kasih keluarga kita yang sentiasa menyokong terutama abah yang sentiasa dekat di hati ini. Terima kasih abah, kita nak tengok abah sihat hendakNya. Buat incik asben dan anak-anak yang setia bersama dalam apa jua keadaan serta adik-beradik kita yang sentiasa menyokong. Tidak ketinggalan buat rakan-rakan blogger yang sentiasa mengikuti perjalanan blog kita, opismate yang sentiasa sms, emel dan menziarahi di wad.

Doakan kita cepat sembuh dan maafkan kita kalau ada salah dan silap yang tak disedari ya!

6 comments:

  1. pn CT,
    moga cepat sembuh, amin!!!

    ReplyDelete
  2. rehat banyak-banyak kak...moga cepat sembuh... :)

    ReplyDelete
  3. Kak..saya doakan akak cepat sembuh..rajin2 makan ubat ye..rest cukup2..aminnn :)

    ReplyDelete
  4. ybs: Tima kasih doakan kita yg baik2 ya...

    ReplyDelete
  5. GB : Tima kasih selalu mdekati akk...cayang kamu

    ReplyDelete
  6. Daria : Tima kasih ya...doakan akk...akk sihat kembali mcm org lain...nk lalui kehidupan spt biasa...

    ReplyDelete