Nuffnang

Wednesday, November 10, 2010

DOKTOR SWASTA BOLEH KERJA DI KLINIK@HOSPITAL KERAJAAN

Pegawai perubatan swasta dibenarkan bekerja secara kontrak di klinik ataupun hospital kerajaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, tindakan itu adalah hasil daripada perbincangan dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan klinik swasta berikutan rungutan bahawa pendapatan doktor swasta semakin berkurangan dengan pelaksanaan Klinik 1Malaysia.

"Hasil daripada perbincangan itu, telah ada beberapa doktor swasta yang berkhidmat secara kontrak dengan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan satu seminar mengenai farmaseutikal di sini hari ini.

Tiong Lai diminta mengulas mengenai rungutan pengamal perubatan di negara ini yang mendakwa Klinik 1Malaysia telah menyebabkan punca pendapatan mereka kian merosot berikutan jumlah pesakit mereka yang semakin berkurangan.

Sumber : Bernama

No comments:

Post a Comment