Nuffnang

Thursday, November 11, 2010

GO GREEN




Assalamualaikum!

Jom hijaukan ruang kerja, biasalah mesra alam gitu! Konsep mesra alam boleh berlaku di mana sahaja, bukan maksud kita sapu dinding dengan cat hijau.


Tahukah anda bahawa pejabat yang beroperasi di seluruh dunia menggunakan begitu banyak sumber alam, antaranya kertas dari pokok, elektrik dari sumber tenaga air atau sebagainya.

Kurangkan penggunaan kertas :

Wah! Boleh ke? Habis tu nak printa kat baju ke? hehehe. Camni kertas bermakna penebangan hutan yang akan terus berleluasa.Gunakan printer yang boleh print kedua-dua belah muka surat kertas. Kitar semula katrij yang sudah rosak di pusat kitar semula. Malahan penggunaan komputer juga berfungsi untuk menyimpan fail yang secara tidak langsung menjimatkan penggunaan kertas.

Penggunaan lampu :

Vavavava! Romantik nampak...hehehe. Gunakan lampu yang sesuai untuk pencahayaan pejabat. Biasanya lampu yang menjimat elektrik memang sesuai digunakan iaitu lampu fluorecent . Paling bagus guna kaedah menghidup dan mematikan lampu secara outomatik jka tidak digunakan.Penggunaan lampu yang sesuai dapat menjimankan tenaga, malahan duit juga dapat dijimatkan.

Cawan :

Jangan guna botol plastik maksud kita botol air mineral,sebaliknya gunakan cawan, pastikan semua staff gunakan cawan sendiri. Di ulangi cawan...hehehe. Lebih baik juga terdapat penapis air di pejabat .Tempat rehat di pejabat sepatutnya menjadi tempat yang mesra alam, bukannya tempat lambakan botol mineral dan sebagainya.

Ada banyak cara yang boleh digunakan untuk menjadi kawasan pejabat kawasan mesra alam, soalnya sekarang sikap individu mahu berubah atau tidak?

Huh! Penat makkkkk kempen...hehehe. Adalah sorang pustakawan kita tanya boleh tak kak CT tanam pokok duit-duit. Hurmmm! Ko tepek dalam buku lepas tu jadi duit dik...hehehe

No comments:

Post a Comment