Nuffnang

Tuesday, November 2, 2010

GURU BERDEPAN HUKUMAN SETIMPAL

Kuala Lumpur – Kementerian Pelajaran tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas terhadap seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan sekiranya dia terbukti melakukan penderaan menggunakan seterika panas terhadap beberapa pelajarnya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, tindakan setimpal perlu dikenakan terhadap guru terbabit kerana penderaan tidak sepatutnya berlaku di sekolah yang merupakan tempat paling selamat buat pelajar.

“Pihak sekolah perlu ambil berat dan pandang serius hal seperti itu kerana kita ada peraturan disiplin yang ditetapkan. Pengetua, guru besar serta guru disiplin adalah orang yang bertanggungjawab dalam hal itu.

“Kalau apa yang diperkatakan murid ini terbukti betul, maka kita tidak boleh biarkan dan tindakan yang setimpal perlu diambil terhadap sesiapa saja yang melakukan hal sebegitu,” katanya pada sidang akhbar majlis Pelancaran BioMalaysia 2010 di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan melampau seorang guru yang didakwa menggunakan seterika panas bagi mengejutkan pelajar-pelajar asrama SMK Bunut Susu di Pasir Mas, Kelantan supaya bangun menunaikan solat Subuh pada 12 Oktober lalu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, berdasarkan laporan awal kejadian itu, ia kelihatan benar-benar berlaku dan beliau telah meminta Pengarah Pelajaran Kelantan untuk menyiasat perkara itu dengan lebih terperinci.

Sumber : Kosmo.

5 comments:

  1. wah! biar btol cikgu buat mcm tu..tkut nya

    ReplyDelete
  2. Apa susah, kita kasi balik seterika panas tu kat badan dia plakkk...

    ReplyDelete
  3. alinac lover : Btl apa..kan kuar berita dia kat paper sabtu...cikgu masalah..

    ReplyDelete
  4. azieazah : Cikgu tu ada masalah mental...hi3

    ReplyDelete
  5. la..cikgu ada masalah mental?
    kena stop jd cikgu la pasni T__T


    p/s..kak,,slim soap tu kalo bli satu je rm13..tp skg ada promosi.bole usha kat sini

    http://www.alinacshoppe.com/2010/10/promosi-set-alinac.html

    ReplyDelete