Nuffnang

Tuesday, November 2, 2010

KAKITANGAN JPN DISYAKI JUAL BAYI

Kuala Lumpur - Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) disyaki bersubahat dengan sindiket penjualan bayi bagi memudahkan urusan pendaftaran bayi dan pengeluaran sijil kelahiran asli tanpa prosedur yang ketat.

Menurut sumber, selepas transaksi jual beli, pembeli dibawa oleh anggota sindiket atau kakitangan hospital ke pejabat JPN, manakala ‘kaki’ mereka di kalangan kakitangan jabatan sudah sedia menunggu untuk mendaftar dan pengeluaran sijil kelahiran lengkap dengan nama bayi menggunakan bin atau binti bagi pasangan Islam dan bapa serta ibu bagi yang bukan Islam.
Katanya, sejurus tiba di JPN, pembeli hanya perlu mengambil nombor giliran dan duduk di tempat menunggu sehingga dipanggil pegawai di jabatan pendaftaran.

“Dokumen yang perlu diserahkan ialah borang pendaftaran yang ditandatangani doktor hospital tempat bersalin, surat nikah asal dan salinannya, kad pengenalan serta rekod sejarah perubatan membuktikan ibu pernah menjalani rawatan di mana-mana hospital yang berkenaan. Tiada soalan rumit ditanya atau kadang-kadang tiada langsung soalan ditanya,” katanya.

Selepas dokumen diteliti dan butiran kelahiran yang dicatat adalah betul, pembeli diminta menurunkan tandatangan sebagai pengesahan semua butiran adalah betul.

“Borang itu kemudian diserahkan kepada penyelia. Kira-kira 15 minit kemudian, pembeli akan dipanggil dan sekali lagi diminta meneliti butiran dicatatkan pada sijil kelahiran adalah tepat dan tandatangan diturunkan sekali lagi untuk melengkapkan pengeluaran sijil kelahiran,” katanya.
Sumber itu berkata, berdasarkan modus operandi yang dipercayai turut membabitkan kakitangan JPN, tidak sukar mendapatkan ‘bayi segera’ yang lengkap dengan sijil kelahiran lengkap dengan bin, binti atau nama pembeli sebagai bapa yang ‘sah’

Nota kaki : Macam2lah manusia nak mencari kemewahan cara mudah dan cepat.

Sumber : Bharian.

No comments:

Post a Comment