Nuffnang

Sunday, November 21, 2010

KEJAHILAN USIA MUDAKU...

Di penjuru kamar aku duduk sendiri, memikirkan sejauh mana perjalanan hidup yang telah aku lalui. Zaman muda seorang lelaki ini menyimpul pelbagai kisah antara nafsu, perasaan ingin mencuba dan keterlanjuran dalam kehidupan. Apa yang sebenarnya yang aku inginkan dalam hidup… Apa yang boleh aku banggakan… Dan apakah kejayaan yang bakal aku genggami satu hari nanti. Itu baru sahaja aku berbisik pada diri sendiri tentang masa hadapan ku… Apa pula kata hati mereka yang pernah aku lukai dan hancurkan! Lantas membawa deraian air mata kerana dosa semalamku sesama manusia dan kejahilan hidup ku padaNYA!!

Ya darah muda terus mengusai setiap sudut rongga ku, satu-satunya anak lelaki dalam sebuah keluarga kecil. Ibu dan ayah berpisah sejak usia mentah ku melewati 13 tahun. Aku mula hidup bebas tanpan pengawasan mata seorang bapa. Dua kakak yang ku miliki punya kehidupan masing-masing. Ibu saban hari sibuk bekerja mencari rezeki kerana bukan mudah sebenarnya untuk bernafas dalam tamadun kota serba moden ini. Ayah setelah berkahwin lain, terus menyepi. Tinggalkan anak tanpa nafkah yang sempurna. Jika teringat anak-anaknya sekalipun, mungkin hanya di beri sedikit habuan sepertinya menderma ke rumah anak yatim... itu yang aku rasakan! Mengapa ayah... sayangkan bini muda, kami dilupakan.

Ibu... aku tahu kau sepi dan bersengkang mata berusaha mencari duit. Sehingga ada ketikanya kau alpa dengan perhatian yang seharusnya kau berikan pada ku. Ibu mula mempunyai banyak teman lelaki, biarpun beberapa kali ibu bilang itu semua untuk kepentingan perniagaan. Biarpun tidak pernah sekalipun aku lihat perkara sumbang yang ibu lakukan tetapi pernah sekali satu peristiwa yang tidak mungkin ku lupakan apabila terkeluar dari mulut jahat ku mengatakan ibu tidak ubahnya sepertinya seorang pelacur. Kala itu perasaan marah anak muda bergelora dalam diri ku, tambahan pula diracuni dengan umpatan dari rakan dan jiran tertangga. Aku sendiri seperti tidak menyedari perkataan itu yang akan terpacul dari mulut ku, bila disedari aku sujud dan sembah di kaki ibu memohon kemaafan.

Aku tidak ubahnya seperi seorang anak derhaka. Ibu maafkan aku... Aku berdosa kerana menyembur perkataan sehina itu pada ibu. Memikirkan saat itu, aku rasakan seperti seorang anak yang tidak berguna... penyesalan teramat sangat. Betapa pendeknya akal ku ini sehinga lupa dari rahimnya aku dilahirkan melihat dunia dan kerana titisan susu ibulah aku membesar. Deraian mutiara jernih mula menitis jatuh ke wajah ibu yang bersih. Aku tahu hatinya terluka dengan tanggapanku padanya. Namun betapa tingginya nilai budi seorang ibu, anaknya yang derhaka ini dimaafi...

Itu antara secalit dosa aku pada ibu, mengimbas lagi cerita hitam ku... Remy ‘playboy’ bangga dengan gelaran yang sejak berkurun imbuhan buat pria yang gila mempermaikan wanita. Dari sekolah menengah aku mula belajar merokok dan tukar gf. Wajah aku yang agak jambu, tiada masalah untuk budak perempuan berebut mendekati ku. Kalau bab mengayat perempuan serah padaku, pasti jatuh hati dibuatnya. Paling lama ku berkawan dengan seorang budak perempuan sebulan, kemudiannya bertukar rasa juadah lain. Paling penting apa yang aku lakukan bersama bekas gf adalah suka sama suka. Tapi bila tiba masanya aku jemu, hati mereka aku lukai dan tinggalkan.

Pelajaran tidak lagi ku peduli, SPM cukup makan tapi aku masih mampu tersenyum. Kononnya sudah berjaya menjadi orang dewasa, selamat tinggal bangku sekolah. Dalam geng G15, saiz fizikal aku paling tinggi jadi kiranya aku nampak lebih tua dan dianggap ketua. Belagak menjadi orang tua, biarpun sebenarnya dalam diri ku merenget juga seperti anak kecil yang dahagakan kasih sayang. Anak muda sudah liar susah dikawal, aku hanya bertindak mengikut perasaan dan nafsu. Berani tidak kena pada tempatnya. Aku mula belajar minum di kelab malam, ambil pelbagai pil khayal dan bertukar perempuan bagi menyempurnakan keperluan nafsu. Temanteman seperjuangan cukup kuat menjadi tulang belakang utama, penguat semangat untuk aku terus berkuasa.

Tanggal 21 Mei 2010, aku di tahan polis untuk siasatan kes rogol anak gadis usia 15 tahun. Pertama kalinya dalam hidup ku di bawa ke balai. Di tahan selama seminggu dalam penjara. Siang atau malam tidak ku sedari, air mata mencurah sehingga kering tiada lagi. Ketika itu aku rasakan masa depan aku pastinya gelap, siapa yang inginkan aku lagi bila keluar dari penjara besi ini. Anak muda 22 tahun, keluar dari penjara! Apa kata masyarakat. Barulah aku mula berfikir tentang masa depan yang sebenarnya masih panjang. Aku tidak sepatutnya berada di sini, baru suku usia perjalanan hidup ku di dunia ini telah dicalitkan dengan noda hitam. Ibu dan ayah datang berjumpa tetapi tidak lama dibenarkan masa pertemuan, hanya hujan air mata ibu yang dapat ku saksikan dan buat pertama kalinya juga titisan jernih dari kaca mata ayah ku lihat.

Aku tidak bersalah dalam kes ini. Memang aku kaki perempuan tetapi tidak pula aku terlibat dengan menerjah seorang perempuan beramai-ramai. Sejahat-jahat aku kalau main perempuan pun tidak pula nak berkongsi-berkongsi dalam satu masa. Lainlah kalau aku tidak mahu pakai lagi. Tapi yang penting suka sama suka, tiada paksaan. Aku dikatakan terlibat bersama kerana bersubahat bersama tujuh yang lain. Biarpun pada awalnya budak perempuan itu sendiri yang relakan... selepas di soal siasat aku dilepaskan. Puas juga aku rasa berumah dalam penjara. Kawan-kawan aku yang lain terus ditahan untuk siasatan lanjut.

Bermula dari hari itu, aku serik dengan kehidupan sebagai anak muda yang liar begini. Aku akur dengan kesilapan yang aku lakukan. Aku hanya ingin berkongsi kisah ini bersama, agar ibu bapa sentiasa memerhati gerak geri anak anda. Tegur mereka sebelum menjadi buluh. Dalam dunia sekarang, pengaruh sekeliling cukup kuat mempengaruhi sikap sesorang. Penceraian anda sebagai ibu bapa janganlah sesekali di bawa anak-anak terjebak bersama krisis personalitinya. Ini baru kisah anak muda lelaki, apatah pula yang berlakunya pada anak perempuan yang segelintirnya juga terlincir.

Sumber : Nona

4 comments:

  1. Lelaki Ini : Tq ya...cite n pgajaran baik tu...

    ReplyDelete
  2. salam,
    ini adalah alasan... suka tak suka , rela dan tak rela, hukuman termaktub dan juga sebagai alasan dari keluarga pincang....sebenarnya dia sudah mempunyai akal

    ReplyDelete
  3. Panglima Muda : Betul2...panjang komen..hihihi

    ReplyDelete