Nuffnang

Tuesday, November 9, 2010

KOLEKSI MEWAH

Assalamualaikum!

Hurmmm! Ingat kita je yang punya hobi giler ni...hehehe. Jom baca kat bawah nun...hehehe. Dia ada blog juga kalau nak tau..hehehe.


Hobi mengumpul koleksi piring atau pinggan mangkuk hiasan sememangnya satu ‘kegilaan’ yang wujud sejak sekian lamanya. Namun, jika dulu, usaha mengumpul koleksi itu cuma terbatas menerusi kegiatan ‘kutu’ atau pembayaran bulanan bagi mendapatkan pinggan mangkuk idaman dan kemudian menular menerusi pesanan kepada teman yang berkunjung ke luar negara, kini hobi itu semakin menyemarak hasil bantuan laman web sosial.

Apa tidaknya, laman ini memudahkan usaha pertukaran suka sama suka atau proses jual beli di kalangan peminat koleksi pinggan mangkuk hiasan ini. Salam seorang peminatnya, Ruziyah Ahmad, yang mengakui laman web itu membantu meningkatkan pengetahuannya terhadap piring hiasan.

Sebelum wujudnya laman blog berkaitan, dia hanya melapangkan diri menjengah pusat jualan yang diketahui menawarkan barangan seumpamanya. Malangnya, dia jarang berpuas hati kerana ada ketikanya yang dijual tidak menepati cita rasa selain harga ditetapkan sering tersasar dari belanjawan ditetapkan.

“Berkat teknologi menemukan saya dengan dua tiga penulis blog mempunyai minat serupa. Teruja membaca keghairahan mereka melengkapkan koleksi dan bertambah kagum menatap keindahan gambar set teh termasuk teko, piring dan cawan disertakan, langsung saya bertekad ingin lebih aktif dengan hobi ini,” katanya yang memiliki puluhan kelengkapan menghidang lama dan baru selain ada juga dibeli menerusi laman web dan dikirim melalui kawan yang menetap di seberang laut.

Mengenai pembelian melalui internet, Ruziyah berpendapat cara itu lebih menguntungkan selain berpeluang menikmati pelbagai pilihan rekaan serta corak menarik. Malah, jika bernasib baik berjaya memperoleh set hidangan antik dan keluaran istimewa dengan harga berpatutan.

“Set menghidang Royal Albert siri Blossom Time antara yang dibeli melalui internet. Lazimnya, Royal Albert sinonim dengan motif bunga ros tetapi saya bertuah kerana berjaya mendapatkan himpunan khas musim bunga ini. Ini yang saya maksudkan dengan pembelian berbaloi yang awalnya bermula dengan proses melayari laman web, buat carian terperinci mengenai siri koleksi dihajati selanjutnya beli jika berkenan. Tidak perlu susah payah mengusung barang kerana kiriman akan dihantar terus di depan pintu,” katanya seraya memberitahu titik permulaan hobinya apabila diwariskan set pinggan mangkuk kepunyaan arwah ibu.

“Boleh dikatakan ia set pinggan mangkuk pusaka kerana lebih 50 tahun berada dalam simpanan ibu. Sebelum pinggan mangkuk corak bunga kangkung hitam itu menjadi milik saya, jumlahnya sudah banyak berkurang dan saya bertekad untuk mendapatkan semula sebahagian yang hilang itu. Bermula dengan mencari pinggan mangkuk itulah, saya bertemu keseronokan lain hobi ini,” katanya.

Namun, berbanding piring dan pinggan, Ruziyah lebih berminat mengumpul teko dan cawan. Faktor saiz dan keunikan reka bentuk berpengaruh besar menentukan minatnya itu meskipun menurut Ruziyah, mencari himpunan teko sangat besar cabarannya.

4 comments:

  1. wah...nanti boleh wat muzium la nanti ct..

    ReplyDelete
  2. hai kak ct. ella dtg lgi. kali ni tgk pinggan mangkuk pulak. hehe ..

    ReplyDelete
  3. princeduyong : Aaaahh..nnt akk wat Muzium pinggan mangkuk...tapi kenalah rajin masuk muzium akk tu..bbyara tau..ahaha

    ReplyDelete
  4. kakchik@ella : Nk dtg 100x pun akk x marah..nk tlg update blog pn blh...hehehe

    ReplyDelete