Nuffnang

Thursday, November 4, 2010

KONSEP BALI


Gambar pencarian dari google

Konsep Bali dengan pelbagai rekaan kolam mini sesuai untuk semua jenis kediaman. Sejak kebelakangan ini konsep landskap ala Bali mengambil tempat dalam seni rekaan. Konsep Bali masih kekal menjadi pilihan utama kerana keunikan motif dan pepohon yang melengkapkan lagi laman kediaman.

Hiasan berbentuk tumbuhan dan haiwan adalah antara ciri utama konsep Bali seperti pasu dekoratif, dinding, pancuran air dan kolam kecil. Terkini landskap kediaman dan semakin mendapat perhatian ramai kerana menampilkan gabungan taman dan kolam air.

Konsep Bali dengan pelbagai rekaan sesuai untuk semua jenis kediaman termasuk kondominium atau apartmen. Tumbuhan kiambang dan keladi bunting di dalam kolam menyerlahkan lagi konsep Bali yang diketengahkan, manakala batu-batu kecil diletakkan di luar kolam menaikkan seri laman.

Selain melihat keindahan kolam, penghuni juga dapat mendengar bunyian daripada deruan air yang jatuh ke dalam kolam dari mulut ikan emas.

No comments:

Post a Comment