Nuffnang

Sunday, November 21, 2010

'KUIH MUSIM BAH' LARIS KETIKA HUJAN


Kebelakangan ini, hujan turun mencurah-curah, ada kalanya lebat dan ada kalanya renyai-renyai di bandar ini.

Dalam suasana ramai pejalan kaki membawa payung berwarna-warni lalu lalang di tepi jalan utama, seorang wanita berbaju kurung dan menyarung but merah meneriak kepada mereka yang lalu lalang, "tiga seringgit".

Biarpun hujan semakin lebat, wanita itu kelihatan tidak menang tangan apabila semakin ramai pula yang singgah di gerai kecilnya yang mulai digenangi air.

"Macam inilah bila hujan, makin ramai, 'kuih musim bah' ini memang sedap makan masa hujan, makin lebat makin sedap," katanya kepada Bernama sambil ligat membungkus kuih untuk pelanggan.

KUIH MUSIM BAH

Kuih yang dimaksudkannya ialah Putu Halba, kuih istimewa yang mungkin hanya muncul pada musim hujan, antara bulan November dan Disember.

Diperbuat daripada ubi kayu yang kini tidak lagi menjadi pilihan utama sajian zaman moden, keenakan putu halba masih boleh mengundang kecur liur bagi sesetengah individu terutama ketika musim tengkujuh.

"Saya pun baru kali kedua makan kuih putu halba ni, pertama kali mencuba masa musim bah (banjir) tahun lepas, masa itu tengok ramai yang beratur di sebuah gerai kecil, jadi saya pun turut singgah rupanya mereka beli putu halba.

"Bila dicuba, sedap pula rasanya, jadi setiap musim tengkujuh saya memang tak lepas peluang beli putu halba ni, sebab itu saya panggil 'kuih musim bah'," kata Norhafizah Haris, 27.

Putu halba yang baru dimasak dan masih panas memang sedap dimakan ketika hujan kerana selepas sejuk, ia mula melekit dan terasa agak pahit, tentunya tidak lagi merangsang selera.

Sumber : Bernama

2 comments:

  1. salam,
    putu halba?? tak pernah dgr pulak... sama ke dgn putu piring... hehe

    entry terbaru"hatiku bukan hati batu"

    ReplyDelete
  2. My Little Diary ; seropa la tu...sbb 2-2 guna halba...

    ReplyDelete