Nuffnang

Tuesday, November 9, 2010

LELAKI DI TETAK TEGUR SUSPEK

Tumpat - Teguran bertukar tragedi berdarah apabila seorang lelaki berusia 52 tahun cedera parah selepas ditetak oleh seorang lelaki dalam satu kejadian di Kampung Bahagia Cabang 4, di sini, semalam.

Suspek itu dipercayai bertindak ganas kerana tidak puas hati dengan tindakan mangsa Mohamad Salleh menegurnya kerana menggunakan renjatan elektrik untuk menangkap ikan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supt Khalid Munap berkata mangsa mengalami kecederaan parah selepas dipercayai ditetak sebanyak 15 kali di seluruh anggota badannya.

Katanya mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRP II) untuk rawatan manakala suspek dan isterinya ditahan untuk siasatan lanjut hari Isnin.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad berkata akibat kecederaan serius, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.

Sumber : Bernama.

2 comments:

  1. ada2 jelah diorg ni. dah salah, nk tetak org lak. ish3

    ReplyDelete
  2. Kyuubi : ada 2 faktor...kurang siuman atau panas baran..agk je la..hi3

    ReplyDelete