Nuffnang

Wednesday, November 10, 2010

LUMBA PENGANTIN PERTAMA DI MALAYSIA


Kuala Lumpur - Sudah bertemu si dia yang berkenan di hati, keluarga pun merestui dan kawan-kawan teruja melihat anda bersanding. Tapi anda dan pasangan masih pening memikirkan persiapan perkahwinan. Apa kata kalau anda dan pasangan menyertai Lumba Pengantin pertama di Malaysia?

Anjuran hotel Doubletree oleh Hilton, Kuala Lumpur, pasangan yang berminat hanya perlu memuat-naik foto pasangan mempelai mereka yang paling tepat menggambarkan tema "percintaan bawah pepohonan" di laman Facebook Doubletree by Hilton, Kuala Lumpur.

Kemudian dapatkan teman-teman dan keluarga untuk memberi komen pada gambar itu. Empat puluh peserta untuk Lumba Pengantin akan dipilih melalui laman Facebook manakala 10 peserta lagi akan dipilih menerusi rancangan Breakfast Show di Mix.fm.

Seramai 50 pasangan wanita yang terpilih itu akan berlari sejauh 800 meter memakai vel pengantin sekitar perkarangan hotel 28 Nov ini.

Dianjurkan dengan kerjasama radio Mix.fm, Doubletree by Hilton berharap akan dapat membahagiakan pasangan yang bakal merebut hadiah bernilai lebih RM50,000 itu.Hadiah utama berupa jamuan majlis perkahwinan percuma bagi 20 meja bernilai RM38,000.

Menurut Pengurus Besarnya, Ian Barrow, terdapat juga acara lain semasa hari perlumbaan, antaranya pasangan mempelai berpakaian terbaik, pasangan penyorak terbaik dan vel paling kreatif dengan hadiah-hadiah hebat seperti penginapan tiga malam hujung minggu di Conrad Centennial Singapore, fotografi praperkahwinan oleh Kid Chan Studio serta solekan oleh Bridal Glam, sewa gaun percuma daripada Pretty in White, gaun perkahwinan oleh That Special Occasion, pakej spa oleh Vila Manja dan banyak lagi.

Penyertaan untuk pertandingan ini ditutup pada 16 Nov dan peserta yang layak akan diumumkan pada 22 Nov.

BULAN PENGANTIN

Barrow berkata Doubletree by Hilton mendedikasikan bulan November sebagai Bulan Pengantin sulung bertemakan "ExKLusively Yours!".

Hotel mewah yang baru dibuka ini menyediakan pelbagai tawaran menarik untuk pengantin baru sepanjang bulan ini.

Antaranya pakej perkahwinan yang dinaik taraf dan diberi penjimatan dan manfaat bernilai hingga RM10,000, tawaran istimewa daripada 12 vendor perkahwinan dan bengkel perkahwinan mingguan oleh tenaga profesional.

"Tidak kira sama ada anda pasangan yang baru bertunang atau bakal naik ke jinjang pelamin, Bulan Pengantin ini bermanfaat untuk setiap bakal pengantin wanita mahupun lelaki pada mana-mana tahap perancangan perkahwinan mereka. Pasangan juga akan diberi keistimewaan mempunyai perkhidmatan pakar perkahwinan khasm" katanya.

Empat tema utama perkahwinan yang mencerminkan pelbagai gaya disediakan iaitu gaya Melayu, Cina, India dan Barat dengan pakej bermula dari RM1,588++ semeja untuk 10 orang.

Selain itu terdapat 12 vendor perkahwinan, antaranya aksesori perkahwinan, penjual bunga, cendera mata, kek dan fotografi perkahwinan yang turut menawarkan pakej istimewa.

Burrow berkata terdapat banyak kelebihan lain menganjurkan jamuan perkahwinan di Doubletree by Hilton, antara lain kadar keutamaan bilik untuk tetamu dan kaum keluarga, biskut cip coklat apabila tetamu mendaftar masuk serta chef khas dan tenaga dapur yang menyediakan jamuan perkahwinan yang lazat dan hebat.

"Bakal pengantin akan mendapati penganjuran majlis perkahwinan idaman mereka begitu mudah dan lancar", tambahnya.

Doubletree by Hilton mampu menampung seramai 650 orang tetamu dan semua dewan dilengkapi alat kelengkapan audio visual tercanggih, pencahayaan, pentas dan sebagainya.

BENGKEL PERKAHWINAN PERCUMA

Selain itu, sepanjang Bulan Pengantin ini, pakar-pakar perkahwinan hotel dengan kerjasama WeddingsMalaysia.com mengaturkan satu siri bengkel perkahwinan yang berlangsung setiap Ahad bertarikh 7, 14 dan 21 November.

Bengkel mingguan ini akan menyentuh pelbagai topik penting perancangan perkahwinan, antaranya mencipta kad jemputan yang sempurna, memilih pakaian perkahwinan idaman dan panduan untuk tampak berseri pada hari perkahwinan.

Bengkel bermula dari 12.30 tengah hari hingga 3.00 petang akan diakhiri dengan jamuan minum petang. Tiada bayaran dikenakan tetapi peserta yang berminat perlu mendaftar terlebih dahulu di www.weddingsbydoubletreekl.com.

Ia terhad kepada hanya 10 pasangan bagi setiap bengkel serta hadiah cabutan bertuah akan diadakan sepanjang bengkel dan semua pasangan akan menerima cendera mata bernilai RM100. Bengkel ini dianjurkan dengan kerjasama Acadia Card, My Colourful Memories, Bridal Glam, That Special Occasion dan Pretty In White.

Sumber : Bernama.

2 comments: