Nuffnang

Tuesday, November 2, 2010

MERAPI MELETUS LAGI


Jakarta - Gunung berapi Merapi di Jawa Tengah sekali lagi meletus dan memuntahkan awan debu semalam, menyebabkan beribu-ribu penduduk yang kembali ke kampung untuk meninjau kemusnahan bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Pegawai pengurusan bencana, Rusdiyanto berkata bunyi siren dan pembesar suara menyebabkan sebilangan penduduk yang ketakutan terjun ke sungai untuk mengelak suhu panas, manakala yang lain lari dari kaki gunung atau memecut kenderaan masing-masing.

“Letusan selama tiga minit itu menyebabkan abu panas berwarna kelabu mengalir ke bahagian selatan dan timur Merapi hingga sejauh enam kilometer,” kata pegawai agensi pemantau gunung berapi, Subandriyo.

Letusan gunung itu setakat ini mengorbankan 38 nyawa. Bagaimanapun belum ada kemalangan dilaporkan.

Selanjutnya klik Bharian.

2 comments:

  1. MashaAllah..

    moga tiada kemalangan jiwa lagi..

    ReplyDelete
  2. MasZuber : Ada...dlm 38 org camtu...ciannkan..kalau kita kat sana camna ekk?

    ReplyDelete