Nuffnang

Thursday, November 11, 2010

OMAR EMIR AMIRUDDIN

Assalamualaikum!

Siapa Omar Emir Amiruddin? No..no..nooooo bukan anak kita, family kita dan sebagainya tapi dia sedara sesama Islam. Tersentuh kita baca artikel ni. Jap nak nanes...huhuhu. Dah, kita sambung taip semula :)

Tahu tak apa itu disleksia? Kanak-kanak yang aktif tapi tiada hubungan mata walaupun nampak normal. Walaupun Omar seperti kanak-kanak lain. Dia aktif, mudah tersenyum dan kelihatan pintar malah fasih berbahasa Inggeris. Ibunya tidak menganggap itu satu beban malah merupakan anugerah yang tidak ternilai. Demi kasih sayang yang tidak berbelah bagi, ibunya sanggup melepaskan kerja semata-mata tidak mahu orang lain menjaga Omar. Tersentuh lagi! huhuhu

Omar sangat lasak dan tidak faham mengapa orang memarahinya. Jadinya kita perlu berulang kali menerangkan kepadanya mengenai sesuatu perkara. Dia pernah ke sekolah namun kanak-kanak comel itu juga menjadi terasing dan tidak memahami apa yang diajar oleh guru.

Namun setelah menyertai persekolahan Persatuan Disleksia Malaysia, dia mula mengenal abjad dan memahami arahan. Saban malam dia akan mengulangkaji semula pelajaran di sekolah dan itu berlaku tanpa dipaksa.

Andai kita di beri kesempatan bertemu dan berbual dengan kanak-kanak berusia lima tahun ini kita nak peluk dan belai dia puas-puas. Naluri keibuan kita tersentuh, cukup sabar ibu Omarkan? Allah nak beri 'sesuatu' pada ibu Omar.

Maklumat mengenai Persatuan Disleksia Malaysia boleh didapati www.dyslexiamalaysia.org.

Sumber rujukan Utusan.

No comments:

Post a Comment