Nuffnang

Tuesday, November 9, 2010

PEMBURU HARAM YANG HALAL?

Agak lama Bidai tidak menulis di ruangan ini. Bukan disebabkan merajuk, tetapi disebabkan kekangan dan bebanan kerja hakiki yang terpaksa Bidai selesaikan dahulu sebelum mampu menukilkan apa-apa di ruangan ini.

Apa pun, sebelum memulakan bicara, Bidai ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan yang melibatkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini.

Malapetaka berlaku disebabkan beberapa punca. Namun ingin Bidai ingatkan, jika kita berhati-hati dan mengikuti undang-undang, Insya-Allah, kita pasti akan selamat.

Berkisar tentang malapetaka juga, ingatkah lagi pembaca mengenai insiden bekas Ketua Polis Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed tertembak rakannya yang juga seorang penolong pegawai RISDA Maran, Che Abdul Ghani Medon semasa memburu landak di Hutan Lanchang dekat Kemasul, Temerloh, bulan lalu?

Bidai menerima e-mel daripada Dana Hidupan liar Sedunia Malaysia - (WWF-Malaysia) yang agak gusar mengenai insiden itu dan juga beberapa insiden yang sama sejak akhir-akhir ini.

Di bawah Bidai siarkan secara penuh kenyataan media Pengarah Eksekutif/ketua Pegawai Eksekutif WWF-Malaysia, Datuk Dr. Dionysius Sharma mengenai insiden itu dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

Janganlah kerana kita sibuk menyalahkan pemburu haram, pemburu halal pula melakukan kerja haram.

Fikirkanlah...

Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment