Nuffnang

Friday, November 12, 2010

PERTANDINGAN MEWARNA UTUSAN PUPUK SEMANGAT 1MALAYSIA


Alhamdulilah ini anak buah kita Nurhasanah Basir yang selalu menjadi juara dalam pertandingan melukis. Esok kita temankan dia pulak menerima hadiah di Sutera Mall sebab mom dia busy dengan study. Suka tengok koleksi lukisan-lukisan dia, tahap profesional. Jom baca berita di bawah.

Johor Bahru – Utusan Malaysia terus memainkan peranannya dalam memupuk dan menyemarakkan lagi semangat terhadap gagasan 1Malaysia di kalangan generasi muda melalui Pertandingan Warna- Warna 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Desa Jaya, di sini, semalam.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu kategori A dimenangi oleh Nur Hasanah Md. Basir, 11, tempat kedua Nurul Aqilah Zainuddin, 11, dan tempat ketiga, Hermina Nagalingam, 12.

Bagi kategori B pula, ia dimenangi Nurul Farzana Mohd. Tahir, 7, tempat kedua (Intra Kumar Perbagaran, 8), dan tempat ketiga (Najahtul Haya Zulkeply, 9).

Kategori prasekolah, pemenangnya Nor Fadzura Hadzrin, 6, manakala Mohamad Aidil Hafeeq, 6, (kedua) dan Siti Aina Qistina Kamizan, 6, (ketiga).

Semua pemenang bagi setiap kategori membawa pulang hadiah basikal dan hamper manakala semua 650 peserta menerima sumbangan akhbar dan majalah keluaran Kumpulan Utusan.

Semua peserta turut menerima sumbangan ubat gigi serta berus gigi Kodomo Lion oleh Southern Lion Sdn. Bhd. selain aiskrim syarikat pengeluar produk aiskrim tempatan, U-Nian Ice Cream (JB) Sdn. Bhd.

Hadiah disampaikan oleh guru besar sekolah itu, Lim Soh Buay.

Pertandingan itu menguji tahap kreativiti dan kemahiran mewarna dengan melengkapkan lukisan yang asalnya memaparkan tiga bangsa utama Malaysia dengan latar belakang kosong.

Para peserta bebas memasukkan sebarang unsur dan simbol-simbol yang berkaitan atau melambangkan 1Malaysia dan pemenang dinilai mengikut ton warna dan kreativiti.

Selain pertandingan itu, pihak sekolah turut mengadakan sukaneka yang disertai 90 murid dari tahun satu hingga enam dan semua peserta menerima hadiah daripada pihak sekolah.

Sumber : Utusan.

No comments:

Post a Comment