Nuffnang

Monday, November 15, 2010

RAGUT : HASRAT PERAGUT BERNIKAH TERTANGGUH SELEPAS DI PENJARA 12 BULAN

Seorang peniaga yang sepatutnya berkahwin dua minggu lalu, terpaksa menangguhkan hasrat itu sehingga dia selesai menjalani hukuman penjara 12 bulan kerana meragut beg tangan seorang wanita.

Shairol Anuar Zainudin, 26, sepatutnya bergelar ''Raja Sehari'' pada 4 Nov lepas.

Bagaimanapun, dia ditangkap sehari sebelum itu selepas meragut beg tangan Siti Noraziah Bachek, 42, di persimpangan ke PPR Sri Semarak Jalan Air Keroh, Setapak di sini. Hakim Mahkamah Sesyen Zainal Abidin Kamaruddin memerintahkan Shairol Anuar menjalani hukuman itu mulai tarikh dia ditangkap selepas dia mengaku bersalah.

Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun, dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Sumber : Hmetro

No comments:

Post a Comment