Nuffnang

Wednesday, November 3, 2010

REBAK ISLAND

Keindahan Langkawi tidak perlu diterjemahkan. Dan sebagai salah satu daripada 99 buah gugusan pulau yang membentuk jajahan legenda itu, pesona Rebak cukup memikat.

Berkeluasan 390 ekar, ia terletak kira-kira empat kilometer dari pulau utama. Pulau kecil itu dibarisi hutan hujan tropika yang dipenuhi pohon-pohon balak, herba, pandan dan pelbagai tumbuhan renek lain yang mencipta satu kanvas alam tersendiri.

Selain resort kampung dan kontemporari bertaraf empat bintang, keunikan pulau itu pastinya terletak pada marina yang menempatkan berpuluh-puluh kapal layar dan dikatakan yang terbesar di Langkawi.

Tidak terasa masa yang berlalu, sukar diungkap dengan kata-kata. Hanya nikmati ia sewajarnya, Rebak Island tentunya percutian idaman anda.

No comments:

Post a Comment