Nuffnang

Thursday, November 11, 2010

REDA WALAUPUN HIV

Assalamualaikum!

Bagusnya Allah ciptakan insan bernama Norlia ini ya. Kasih sayangnya terhadap suami tidak berubah walaupun menjadi punca dia didiagnosis HIV. Kuatnya ujian Allah beri padanya, kalaulah ujian tu di beri pada kita. Mampukah kita?

Dia kena reda dan apa yang berlaku atas ketentuanNya. Satu bait ayat yang membuat kita tersentap kejap " Saya maafkan dia dan masih sayangkan suami walaupun kami hidup dengan HIV kerana peristiwa lampaunya.'' Subhanallah indahnya dalaman hati wanita ni sebab tu Allah beri bahagian tu padanya.

Norlia tidak menyangka keadaan kesihatan suami yang teruk pada Oktober 2008 merungkai segala persoalan. Selepas ujian darah bersama suami untuk HIV, dia dan suami tersayang disahkan positif. Tidak mahu mengambil risiko kerana ketika itu dia masih menyusukan anaknya yang berumur setahun disahkan positif HIV.

Pada masa yang sama, anak bongsunya turut menjalani ujian HIV, namun disahkan negatif. Dia mengambil keputusan agar sentiasa positifkan diri walaupun hidup dengan HIV. Benarlah kata orang, setiap peristiwa pahit itu ada hikmahnya. Kehidupan mereka sekeluarga kini menjadi lebih baik.

Kehidupannya jauh berbeza. Banyak perubahan dulu, dia mula rapat dengan anak-anak berbanding dulunya sibuk berkerja. Baginya menangis pun tiada guna. Anak-anak menjadi kekuatan. Dia menghadapi ujian di dunia dengan reda, status positif HIV tidak bermakna berakhir kehidupan. Kena fikir kehidupan akan datang dan membina kehidupan yang baru.

Tidak dinafikan masyarakat hari ini sering mendiskriminasikan mereka. Inilah dilema paling besar dihadapi mereka yang hidup dengan HIV. Bahkan, keluarga Norlia sendiri tidak tahu yang dirinya berperang dengan HIV, dia belum mampu dan kuat untuk menerangkannya.

Sumber rujukan Utusan.

No comments:

Post a Comment