Nuffnang

Monday, November 15, 2010

SELEKSI SEPATU TIAMO


Sepatu yang cantik dengan menampilkan rekaan gaya feminin sememangnya menjadi kegilaan wanita.

Malah, bagi wanita yang menggilai kasut tumit tinggi mereka percaya sepatu itu mampu membuatkan penampilan mereka lebih anggun terutama memberikan postur badan yang ramping.

Bagaimanapun adalah penting untuk memastikan sepatu tumit tinggi yang dikenakan adalah berkualiti kerana ia boleh mengelakkan anda terdedah kepada sakit kaki dan tulang belakang.

Untuk itu bagi peminat kasut tumit tinggi, anda perlu menjenguk ke butik sulung jenama kasut Tiamo yang terletak di pusat beli-belah The Gardens, Kuala Lumpur. Selain menampilkan kasut berkualiti tinggi, Tiamo sarat dengan pelbagai rekaan termasuk sepatu tumit tinggi.

"Koleksi Career Fashion merupakan pilihan bagi wanita yang inginkan kasut bertumit," beritahu pereka kasut koleksi Tiamo, Jung Eun Ju yang diterbangkan khas dari Korea.

Butik yang dimiliki oleh pasangan suami isteri dari Malaysia iaitu Lim See Toh dan Teo Ai Siong sengaja menempah kasut rekaan pereka tersebut semata-mata ingin menyediakan kelainan fesyen kepada wanita.

Keseluruhan rekaan kasut Tiamo berinspirasikan trend Korea dan Jepun. Jadi, sudah tentu golongan wanita akan tertarik dengan koleksi Tiamo memandangkan fesyen kedua-dua buah negara itu sentiasa mendapat trendy.

"Di Tiamo, pelanggan boleh mencuba seberapa banyak kasut yang terdiri daripada rekaan mengikut kategori seperti Young Hippie, Modern Classic, Dressy Elegant, Celebrity Glam dan Mum & Daughter

Ia sekali gus membuatkan golongan yang gemar menyarung kasut tumit tinggi mudah mempelbagaikan penampilan mengikut aksesori dan busana yang disarung.

"Keseluruhan rekaan kasut Tiamo menggunakan warna-warna lembut. Tiamo turut menawarkan kasut tumit tetapi dalam ketinggian yang sederhana. Tidak ketinggalan Tiamo juga menawarkan seleksi kasut sarung dan balet.

"Jadi anda boleh mendapat kasut sarung atau balet yang bersesuaian dengan agenda masing-masing.

"Tiamo menyediakan kasut untuk si ibu dan anak. Warna dan rekaannya didatangkan dengan gaya yang sama. Terdapat 10 pilihan untuk koleksi tersebut," jelas See Toh yang turut menunjukkan beberapa klip bunga dan reben untuk dihias di kasut

Sumber : Kosmo

1 comment:

  1. Everyone needs a pair of comfortable shoes, and wearing flats doesn’t have to be boring and unglamorous Tiamo Shoes are Modern Classic and Career Fashion for working women.
    I like the story of the designer and you may see her story at:
    http://kidbuxblog.com/passion-in-shoe-love-tiamo-shoes/

    ReplyDelete