Nuffnang

Thursday, November 4, 2010

TIANG GOL BOLA JARING RAGUT NYAWA

Kepala Batas - Seorang pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Kepala Batas di sini mati selepas ditimpa tiang gol bola baling yang tiba-tiba terjatuh ketika bermain di padang sekolah yang sedang dibaiki Isnin lalu.

Mangsa, Mohd. Khairi Iskandar Onzek, 8, yang cedera parah di kepala meninggal dunia pagi semalam ketika dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPNPP), Ibrahim Mohamad berkata, mengikut laporan awal daripada pihak sekolah, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang merupakan pelajar sesi petang dikatakan bermain bersama empat lagi rakannya di kawasan padang sekolah itu sementara menunggu waktu perhimpunan untuk pelajar sesi petang bermula pada pukul 12.45 tengah hari.

“Ketika bermain, mangsa bersama rakannya dikatakan mengangkat tiang gol yang dijatuhkan oleh pihak sekolah sebelum tidak diketahui macam mana tiang yang telah diangkat itu terjatuh semula dan menimpa mangsa,” kata beliau.

Berikutan kejadian itu, Ibrahim memberitahu, pihak sekolah telah menghantar mangsa ke Hospital Kepala Batas (HKB) selain memaklumkan perkara itu kepada keluarga mangsa.

Sumber : Kosmo

2 comments:

  1. dah ajal ye tak...

    apa2 pun kak, latar belakang lagu aizat ni... saya suke sgt... wahhh... kena tunggu sampai abis lagu baru klik post comment.. hehe

    ReplyDelete
  2. My Little Diary : Layanlah lagu tuh...Sungai Lui

    ReplyDelete