Nuffnang

Wednesday, November 3, 2010

TIDUR SEKEJAP WAKTU SIANG


Assalamualaikum!


Sesetengah kita menganggap bahawa tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang malas atau menganggap rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan. Namun, sedarkah kita bahawa tidur pada waktu siang adalah suatu amalan harian yang dipraktikkan masyarakat di negara Barat mahupun umat Islam sejak dulu.

Hari isnin kita menghadiri Taklimat Bulanan Naib Canselor dia ada menyebut perkara tersebut yang dianggap praktikal untuk menyegarkan semula badan dan minda.

Sebagai golongan pekerja di dalam pelbagai sektor, perkara ini perlu diambil perhatian walaupun budaya tidur sekejap waktu siang ini belum begitu popular di negara kita.

Bayangkan daripada pagi hinggalah ke petang kita terlalu fokus kepada tugasan dan kerja sehingga kita lupa untuk memberikan tubuh badan dan minda kita waktu rehat yang optimum dengan kaedah yang tepat dan kadang tu sampai larut malam.

Bukti secara saintifik mengenai kebaikan tidur sebentar pada waktu siang terutama bagi pekerja mengekalkan produktiviti kerja seharian yang mantap. Inilah yang sering di lakukan oleh Tun Mahathir sewaktu dia menjadi PM dahulu.

No comments:

Post a Comment