Nuffnang

Wednesday, November 3, 2010

TIRAM INDOOR WATERPARK






Kredit to http://cikgumusi.blogspot.com

Kita belum berkesempatan bermandi-manda di Tiram Indoor Waterpark, walaupun dekat jer dari rumah abah. Sebenarnya kita boleh pegi bila-bila masa tapi tak seronoklah anak-anak tak ada sama.

Taman air ni terletak di Pasaraya Besar Todays di Ulu Tiram, jaraknya lebih kurang 20 km dari bandaraya Johor Bahru. Kalau dari rumah abah kita tak sampai kot dalam 5km
.

Dalam Todays tu taman air ni terletak di tingkat LG, so sesiapa nak cari parking cari area LG Untuk pengetahuan semua weekdays bayaran dewasa RM15 dan kanak-kanak RM10, manakala weekend dan cuti umum dewasa RM20 dan kanak-kanak RM15, kanak-kanak hanya di bawah umur 12 tahun. Sewa locker RM3.00.

Ada permainan yang ada dalm waterpark ni, gelongsor air, tempat mainan kanak-kanak, gelongsor pusing-pusing, kolam untuk org dewasa belah atas, 2 bot besar, bot kayuh, replika haiwan macam dolphin, octopus, kuda laut, jerung so bolehlah tankap gambar sebab scenenya yang menarik.

Kemudahan lain yang disedikan cumalah tempat persalinan...mungkin kerana masih baru tandas dan tempat persalinan dalam keadaan tip top. Ada juga gerai-rerai makanan dibuka di kawasan luar tampat mandi. Kepada sesiapa yang tak bawak pakaian untuk mandi, pakaian mandi pun ada disediakan dan boleh disewa.

4 comments:

  1. wahh... menariknya....
    tapi jauhlah kat johor lah pulak.. :(

    ReplyDelete
  2. menarik kak. kalo jadi gi singapore ujung tahun ni blh ella singgah. hehe ..

    ReplyDelete
  3. My Little Diary ; xpe nnt bila free trn Johor blh singgah ya..

    ReplyDelete
  4. kakchik@ella : Bole2...dh dkt sgt...hi3

    ReplyDelete