Nuffnang

Wednesday, December 22, 2010

AGIHAN PENDAPATAN ASB

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Agihan pendapatan ini meningkat sebanyak 0.20 sen seunit berbanding yang dibayar tahun lalu (2009: 7.30 sen seunit)

Peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM5.93 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 22% berbanding dengan RM4.86 bilion yang dibayar pada tahun 2009.

Peruntukan bagi pembayaran bonus pula membabitkan jumlah sebanyak RM603.34 juta oleh PNB.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji berkata, pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 7.04 juta pemegang unit yang kini melanggan lebih daripada 82.72 bilion unit ASB.

Nota kaki : Yeahh! Best ni makin meningkat. Tunggu...

No comments:

Post a Comment