Nuffnang

Friday, December 3, 2010

AMALKAN MENCUCI TANGAN YANG BETUL

Membersih dan mencuci tangan perkara wajib bagi setiap individu. Antara caranya ialah dengan mengambil langkah mudah seperti menjaga kebersihan tangan.

Menjaga kebersihan diri seperti ini boleh melindungi anda dan keluarga daripada dijangkiti penyakit berjangkit, termasuk yang berbahaya seperti H1N1. Hari ini pelbagai jenama dan barangan yang boleh membantu membasmi kuman di tangan kita yang boleh di dapati dari farmasi dan sebagainya.

Berikut adalah beberapa tip kebersihan yang boleh anda amalkan:

a. Perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah kebersihan tangan. Basuh bersih menggunakan sabun tangan sebelum menyentuh makanan. Ajarkan juga anak-anak supaya membasuh tangan mereka sebelum duduk di meja makan atau sebelum memegang makanan, walaupun snek. Jangan lupa membersihkan tangan selepas makan.

b. Tangan juga perlu disental dengan sabun selepas keluar dari bilik air. Pencemaran najis boleh menyebabkan penyakit serius kepada kanak-kanak, orang tua dan wanita hamil. Pastikan kotoran di celah-celah jari dan kuku diberus serta dibersihkan dengan sempurna.

c. Bagi yang mengendalikan makanan, pastikan tangan dibasuh bersih menggunakan sabun. Ini termasuklah mereka yang menyediakan makanan serta menjaga anak kecil dirumah.

d. Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan dibilas dan dibasuh beberapa kali dengan air bersih.

Apapun, anda mesti menjaga tahap kesihatan melalui amalan hidup khususnya pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. Pastikan anda mengambil makanan yang sempurna dengan phytonutrien serta yang boleh meningkatkan daya imun. Dapatkan tidur yang mencukupi, dan minum lebih banyak air serta jus

No comments:

Post a Comment