Nuffnang

Thursday, December 16, 2010

BERAPA KALI PERLU MENIMBANG BERAT BADAN KITA?


Pakar menurunkan berat badan berkata adalah tidak baik jika anda terlalu kerap menimbang berat badan jika anda sedang berdiet. Sebenarnya ia bertujuan untuk melancarkan perkembangan diet anda.

Sebaiknya, timbanglah berat badan seminggu sekali sahaja. Selagi anda berpegang kepada pelan diet dan senaman, anda tidak perlu gusar memikirkan sebarang kejutan yang tidak disangka. Jika berat anda hampir mencapai berat ideal, anda mungkin akan lebih cenderung untuk menimbang dengan lebih kerap.

Elakkan perbuatan ini kerana sebarang perubahan dalam angka timbangan boleh mengecewakan anda. Akhirnya anda mungkin akan berdiet dengan lebih teruk atau tidak mahu berdiet langsung!

Sumber : Rapi

No comments:

Post a Comment