Nuffnang

Thursday, December 30, 2010

WAHAI JUNIOR-JUNIORKU

Sekadar luahan hati pagi hari. Kita slide kehadiran 7.25pg. Letak handbag terus ronda bahagian komputer. Kita siapkan aras 3 terlebih dahulu memandangkan komputer paling banyak di situ barulah diikuti dengan aras 4, 5 dan 2.

Apa yang membuatkan kita berasa sedih melihat adik-adik kita bersepah sana sini main facebook dan macam-macam lagi pagi hari. Walhal masuk kerja mereka sepatutnya jam 7.30pg, apa salahnya mulakan kerja-kerja terlebih dahulu. Tak salah mengikuti peredaran semasa teknologi tapi kena sesuaikan waktu berkerja

Ini kita pergi aras lain, nak pastikan paparan komputer dalam status 'Portal XYZ' pun tak boleh, mereka dah conquer beberapa komputer setiap aras. Nanti kita tegur cakap senior tak betul, berlagak dan macam-macam lagi.

Masing-masing dah besar panjang, boleh membezakan yang baik atau sebaliknya. Kita datang mencari rezeki biarlah yang halal, kesian ahli keluarga kalau kita bersikap sebegini rupa. Tak malu pada manusia dan diri sendiri, harap malu pada Allah.

No comments:

Post a Comment