Kanser payudara ialah kanser pembunuh utama wanita Malaysia berumur 40 tahun ke atas. Ramai rakyat Malaysia yang telah melalui pengalaman menyakitkan melihat ibu, kakak, adik, rakan atau jiran yang menghidap penyakit ini dan kehilangan insan tersayang kerananya.
Rencana dua bahagian ini antaranya membincangkan beberapa isu mengenai kanser ini, kenapa rawatan awal itu penting dan kebimbangan tidak berasas mengenai rawatan penyakit ini.
Ini ialah bahagian akhir daripada rencana dua bahagian.
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Jika sebelum ini wanita yang menghidap kanser payudara tidak diberi banyak pilihan apabila perlu menjalani mastektomi, payudara dibuang, sama ada keseluruhan atau sebahagian, keadaan adalah lebih jauh baik hari ini.
Sekiranya diperlukan dan bersesuaian penghidap penyakit kritikal ini boleh menjalani apa yang dipanggil pembedahan rekonstruksi payudara.
Pilihan ini sekurang-kurang dapat mengembalikan keyakinan diri serta menghakis stigma yang sering menjadikan penghidap kanser payudara merasa rendah diri.
"Kita sememangnya mengutamakan rawatan kanser dan berikutnya baru kita berbincang dengan pesakit sama ada dia boleh menerima keadaan payudaranya selepas pembedahan.
"Katakanlah satu besar, satu kecil. Kalau dia kata tak kisah, itu terpulang memandangkan rekonstruksi adalah satu pilihan," demikian menurut Pakar Runding Bedah Payudara Pusat Perubatan UKM (PPUKM), Profesor Madya (Klinikal) Dr Norlia Abdullah.
BEBERAPA PILIHAN
Ada beberapa pilihan untuk rekonstruksi payudara akibat pembedahan kanser, prosedur pembedahan konstruksi sama ada hanya membabitkan pengambilan otot di belakang badan atau perut atau menggunakan implan.
"Kalau payudara pesakit jenis yang bersaiz besar, lepas kita buang sebahagian sudah tentu ia akan menjadi kecil sedikit. Jadi pilihannya sama ada kita kecilkan yang satu lagi menjadikan keduanya simetri, yakni seimbang.
"Jika kita tidak dapat selamatkan payu dara sama ada payudara pesakit kecil atau kanser pesakit besar sangat, dalam kes yang begitu kita akan buang semua dan kita konstruk balik," menurut Dr Norlia.
Beliau menjelaskan bahawa prosedur berkenaan membabitkan penggunaan otot di bahagian belakang tulang belikat dikenali sebagai 'Latissimus dorsi flap'.
Prosedur pembedahan rekonstruksi yang menggunakan otot di bahagian perut pula dipanggil 'TRAM (Transverse rectus abdominis myocutaneous) flap'.
Jika prosedur pembedahan rekonstruksi memerlukan otot perut beliau akan merujuk kepada doktor pembedahan plastik bukan sahaja kerana ia proses yang rumit tetapi memakan masa yang panjang.
"Bagaimanapun kalau guna otot perut biasanya tidak memerlukan implan tetapi prosedur ini tidak boleh diaplikasi kepada pesakit yang pernah menjalani pembedahan dengan arut menegak.
"Bagi pesakit yang pernah menjalani pembedahan caesarean dengan parut melintang, prosedur ini mungkin boleh dibuat.
"Kami juga akan menasihatkan pesakit yang memilih pembedahan TRAM flap supaya tidak mengandung tetapi ini agak sukar kerana ramai pesakit kita muda dalam lingkungan 30an dan awal 40an," tambahnya.
PERLU REALISTIK
Dalam apa jua keadaan, Dr Norlia berkata pihaknya akan berbincang secara menyeluruh dengan pesakit kerana tidak mahu mereka menjadi kecewa selepas pembedahan dibuat.
Bagaimanapun, beliau berkata di sebalik setiap usaha yang dibuat, pesakit perlu bersikap realistik.
"Lazimnya saya akan beritahu pesakit saya, pertama, kita tidak boleh melawan apa yang Allah beri. Apa yang kami usahakan ialah daripada tidak ada apa-apa kami cuba memberikan sesuatu tetapi tidak ada jaminan ia akan sama dengan bahagian payudara yang satu lagi.
"Kedua, jika pesakit mahukan kesamaan, kita perlu masukkan implan atau buat breast lift. Semuanya ini boleh dibincang," katanya.
Implan yang digunakan terdiri daripada dua jenis iaitu yang sudah ditetapkan saiznya atau diubah saiznya mengikut keperluan.
"Dulu ada banyak isu implan yang tiris di Amerika Syarikat. Implan ini sebenarnya amat tahan kecuali kalau dicucuk dengan jarum.
"Satu lagi senario ialah jika pesakit yang menjalani pembedahan implan ini kemalangan dan dadanya terhentak di stering. Dalam kes begini implannya mungkin akan pecah.
"Dalam keadaan biasa risiko untuknya pecah sendiri adalah rendah. Kalau ia berlaku, pesakit boleh tahu daripada bentuk payudara yang berubah. Seperti yang saya katakan, kebarangkalian ia terjadi, masih rendah," jelasnya.
Beliau bagaimanapun berkata pesakit yang mahu menjalani pembedahan rekonstruksi perlu mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak boleh mempunyai sebarang masalah jantung, paru-paru atau diabetes.
Dr Norlia banyak melakukan pembedahan rekonstruksi antara 2002 dan 2005 ketika menjadi ketua di Unit Payudara PPUKM (ketika itu dikenali sebagai HUKM).
Beliau berada di United Kingdom (UK) dari Disember 2005 hingga awal 2010 mengikuti suaminya yang melanjutkan pengajian PhD. Dr Norlia mengambil kesempatan untuk berkhidmat sebagai 'locum doctor' dengan beberapa buah hospital di UK sepanjang tempoh itu.
CONTOH KES
Beberapa kes rekonstruksi yang dikendalikan Dr Norlia jelas menunjukkan bagaimana pesakit kanser payudara seakan mendapat 'kehidupan baru' setelah menjalani pembedahan mereka.
Kes satu membabitkan pesakit berusia awal 30an dan mempunyai tiga orang anak serta mengidap kanser peringkat pertama.
Wanita itu mendapatkan pandangan Dr Norlia selepas doktor yang ditemuinya di hospital lain memberitahu bahawa payudaranya terpaksa dibuang kerana kansernya di bahagian tengah payudara.
Polisi yang dipakai ketika itu ialah jika kanser di bahagian tengah payudara, semuanya akan dibuang.
"Dia tak boleh terima lalu datang berjumpa dengan saya. Pada masa itu saya baru balik ke tanah air selepas menjalani latihan pembedahan dan penjagaan kanser payudara di Royal Marsden Hospital, London.
"Saya beritahu wanita itu kalau dia mahu, saya boleh cuba menyelamatkan payudaranya tetapi tidak puting payudara itu kerana kansernya di bahagian tengah.
"Apa yang saya lakukan bayangkan buah kelapa, kita simpan tempurungnya dan buang isi. Tempurung itu ialah kulit payu dara dan saya buat rekonstruksi, ambil otot di belakang badan dan kemudian masukkan implan.
"Saya gunakan implan yang dibesarkan secara berperingkat-peringkat untuk menyamakan saiz payudara dengan yang satu lagi," jelasnya.
Pembedahan yang dijalankan ke atas wanita itu dibuat pada 2003 dan baru-baru ini Dr Norlia memberitahu yang beliau ada berjumpa dengan pesakit berkenaan dalam keadaan sihat.
Menurut Dr Norlia meskipun prosedur konstruksi payudara diperkenal di Malaysia sekitar 10 tahun lalu, tidak banyak hospital di negara ini menawarkan pembedahan berkenaan.
Dalam masa yang sama masih ramai yang tidak menyedari wujudnya perkhidmatan pembedahan rekonstruksi di negara ini tanpa mereka perlu ke luar negara untuk menjalaninya.
LAGI CONTOH
Contoh kes kedua yang dikongsi Dr Norlia membabitkan pesakit wanita berusia 50an, sudah berkahwin dan menghidap kanser payudara peringkat kedua.
Saiz kanser wanita itu sebesar 5cm di belakang puting payudara tetapi belum merebak ke nodus limfa.
Apa yang Dr Norlia lakukan sama seperti pesakit yang berusia 30an tadi dan pembedahan rekonstruksi dibuat sekitar Mei lepas.
"Sekarang saya sedang membesarkan implannya dan lazimnya proses ini hanya boleh dibuat selepas luka pembedahan sudah sembuh dan secara keseluruhannya mengambil masa antara lima atau enam bulan.
"Bagi saya wanita ini amat bernasib baik kerana mempunyai suami yang begitu mengambil berat akan kesihatan isterinya termasuk sanggup belajar mencuci luka isterinya, satu situasi yang jarang kita lihat," tambahnya.
Bagaimanapun, tidak semua pembedahan rekonstruksi payudara memerlukan implan.
Dr Norlia berkongsi kes seorang pesakit yang berusia 45 tahun yang kansernya berada di bahagian bawah payudaranya dan menjalani pembedahan BCS iaitu Breast Conservation Surgery.
"Saya simpan puting payudaranya dan ambil otot di belakang badan dan masukkan ke bawah kulit bahagian payudara yang sudah dibuang isinya.
"Saya tidak memerlukan implan kerana payudara wanita ini kecil. Keperluan pembedahan dan penggunaan otot atau implan bergantung dari satu kes kepada satu kes yang lain," katanya.
AMBIL BERAT
Bagi pesakit kanser payudara yang memilih tidak mahu menjalani pembedahan rekonstruksi setelah menjalani mastektomi, mereka dinasihatkan supaya memakai prostesis luaran, iaitu payu dara tiruan yang dimasukkan di dalam coli khas.
Dr Norlia menegaskan bahawa soal sudah lanjut usia sebenarnya bukan isu di dalam hal itu.
"Walaupun sudah berusia lewat 60an atau sekitar 70an atau pun sudah bercucu, prostesis luaran ini penting untuk keseimbangan berat badan.
"Sebagai contoh, bagi mereka yang payudara kiri dibuang dan sebelah kanannya masih ada, bahagian kanan badan akan menjadi lebih berat dan bahu akan turun menjadikan badan senget.
"Dalam masa jangka panjang, pesakit ini akan menderita sakit belakang yang kronik. Ada kalanya pesakit tidak faham mengapa bahagian belakang mereka sakit teruk terutama mereka yang mempunyai payudara yang besar," jelas Dr Norlia.
Prihatin dengan masalah yang banyak dihadapi pesakit kanser payudara, PPUKM, menubuhkan sebuah pusat sumber di lobi utama pusat perubatan itu.
Antara perkhidmatan yang disediakan ialah maklumat mengenai prostesis luaran termasuk jenis sementara (khusus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan di mana luka masih belum sembuh), coli khas di samping penjagaan parut selepas pembedahan payudara.
LAGI PROSEDUR BARU
Dr Norlia turut berkongsi kemajuan dalam pengendalian kes kanser payudara yang melibatkan pembuangan kelenjar nodus limfa di ketiak.
Menurut beliau bagi kebanyakan kes kanser payudara yang dirawat pada penghujung 90-an, lazimnya semua kelenjar berkenaan akan dibuang untuk membuang nodus limfa yang ada kanser sel daripada membesar dan sel kanser merebak.
Pembedahan pembuangan nodus limfa ketiak boleh dilakukan bersama pembedahan pembuangan ketulan payudara atau mastektomi.
Pembedahan itu melibatkan pembuangan sebahagian besar nodus limfa, yang fungsi asas nodus limfa sebenarnya untuk melindungi daripada jangkitan.
Dr Norlia memberitahu bahawa secara teori, jika kanser sudah merebak ke ketiak, ia juga boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain.
Masalah yang timbul ialah apabila sebahagian besar kelenjar dibuang, 10 hingga 30 peratus pesakit akan mengalami bengkak di tangan dikenali sebagai limfedema.
"Lagi banyak kelenjar yang dibuang semakin tinggi risiko bengkak di tangan," katanya.
RISIKO KURANG
Di bawah prosedur baru yang dikenali sebagai pembedahan 'Sentinel Lymph Node' yang dipopularkan di negara-negara Barat pada penghujung 90-an, hanya beberapa nodus limfa yang akan dibedah dan dianalisis untuk kehadiran kanser.
"Wanita yang menghidap kanser di payu dara, sebelum pembedahan, akan dihantar ke Jabatan Radiologi di mana bahan radio aktif akan disuntik di sekitar ketulan (tumor).
"Di dewan bedah pula kita akan gunakan apa yang dipanggil prob gamma yang boleh mengesan di mana bahan radio aktif sudah menular. Kita juga akan menyuntik pewarna biru di sekitar tumor untuk mengesan sel kanser di nodus limfa.
"Dengan cara ini katakan dua nodus limfa yang diambil tadi tak ada sel kanser, jadi tak perlu kita bedah nodus limfa yang lain. Daripada buang 20 kita hanya buang dua.
"Risiko tangan bengkak juga akan menurun daripada 10 hingga 30 peratus kepada sekitar 1 hingga 3 peratus sahaja," kata Dr Norlia yang menambah kata risiko bengkak tangan bukan hanya untuk seketika tetapi sepanjang hayat.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan prosedur baru ini akan hanya dapat dilakukan pada pesakit yang datang di peringkat awal, sebelum bengkak nodus limfa ketara semasa pemeriksaan doktor atau penyiasatan ultrasound dilakukan.
Sumber : Bernama

No comments:
Post a Comment