Nuffnang

Monday, December 6, 2010

HARUS PANDAI URUS DIRI

Sayangi dan hargai badan sendiri, tidak kira berapa teruk pun keadaan atau kecacatan anda. Kalau anda tidak sayang badan sendiri, siapa lagi?” kata pakar perunding perubatan pemulihan, Dr Tunku Nor Taayah Tunku Zubir berulang kali kepada semua pesakitnya yang mengalami masalah ketidakupayaan.

Berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya, kebanyakan pesakit hanya berserah kepada takdir dan kurang memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan kerana beranggapan apa pun yang dilakukan tidak akan mengembalikan keupayaan mereka untuk berjalan.

Memang tidak dapat dinafikan siapa yang tidak berasa sedih apabila hilang keupayaan untuk berjalan. Ramai patah semangat untuk meneruskan kehidupan, murung, tertekan dan berasa diri tidak berguna kerana sudah menjadi beban pada keluarga.

Walaupun anda berhak untuk berasa sedih, jangan biarkan kesedihan itu berterusan sehingga ia bukan saja akan memadamkan semangat, malah boleh menjejaskan kesihatan atau membuatkan ibu bapa serta ahli keluarga susah hati.

Ada ramai personaliti kurang upaya boleh anda jadikan teladan dan perangsang semangat seperti aktivis sosial dan tokoh akademik, Dr Chandra Muzaffar; Ras Adiba Radzi; individu yang cacat penglihatan atau lihat saja skuad paralimpik yang berjaya meraih 94 pingat emas dalam Kejohanan Para Asean kelima tahun lalu.

Sumber : Hmetro

No comments:

Post a Comment