Kertas cadangan cuti bersalin selama 90 hari mengikut pilihan bagi kakitangan wanita sektor swasta akan dibawa ke Kabinet pada bulan depan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Shahrizat berkata, kertas cadangan berkenaan perlu mendapatkan kelulusan Kabinet bagi membolehkan Kementerian Sumber Manusia meminda Akta Pekerjaan 1955, supaya cuti bersalin untuk wanita sektor swasta disamakan dengan sektor awam.
“Kita menjangka akan dapat membentangkannya selepas minggu kedua Januari depan.
“Jika diluluskan, Kementerian Sumber Manusia perlu membawanya ke Parlimen bagi tujuan pindaan kepada akta berkaitan.
“Saya sering diaju pertanyaan bila pekerja swasta wanita akan mendapat cuti bersalin sama seperti kakitangan awam.
“Mungkin selepas cadangan ini diterima dan dipinda, wanita di sektor swasta akan mendapat manfaat sama seperti wanita di sektor awam,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Sidang Kemuncak Wanita 2010 yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, semalam.
Ketika membentangkan Bajet 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penjawat awam wanita kini boleh memilih untuk cuti bersalin sehingga 90 hari dan menerima gaji penuh berbanding 60 hari sebelum ini.
Shahrizat berkata, kementeriannya juga akan membawa satu lagi kertas Kabinet mengenai cadangan untuk meningkatkan penyertaan wanita di dalam lembaga pengarah syarikat.
Katanya, pada masa ini beliau tidak berpuas hati dengan jumlah wanita yang diberi tempat menduduki jawatan dalam lembaga pengarah syarikat.
“Saya amat tidak berpuas hati apabila melihat wanita tidak diberi tempat dalam board (lembaga) termasuk GLC (syarikat berkaitan kerajaan). Kenapa tidak diberi tempat, walhal ramai wanita mempunyai kebolehan,” katanya.
Sumber : Bharian

No comments:
Post a Comment