Nuffnang

Wednesday, December 8, 2010

LOBSTER MASAK LEMAK CILIAPI





Semalam dekat rumah abah kita dengan adik masak lobster. Lobster adik kita beli semasa dia bercuti di Sabah. Ada ke patut kos beli lobster je abis sampai RM2500.00...hehehe. Kalau kita tak mungkin nak membelinya...hehehe

Biasalah menantu orang N9 jadinya lobster kena korban masak lemak ciliapi sotong kering masak sambal dan sayur-sayuran. Haii! Takkan kita nak putih mata...hehehe. memandangkan kita tengah menjaga kulit supaya tidak melecur semula jadinya kita tak naklah derhaka pada diri sendiri. Kita masak ayam masak lemak ciliapi. Masa makan tu kita cuit sikit je lobster, itu pun dah macam tebal bibir dan badan dah mula gatal-gatal sikit.

Kalau makan banyak ntah apa jadi lagi agaknya. Terbongkang duduk wad semula. Takmolah, cukup-cukuplah 8 hari hari tu yang kita rasa dah macam 8 tahun...hehehe


2 comments: