Nuffnang

Thursday, December 30, 2010

PENGHUJUNG TAHUN 2010

Kita cuba memerhatikan beberapa kelakuan pelik tetapi norma biasa sahaja lebih-lebih lagi hal aktiviti harian diri kita sendiri.

Dihujung tahunlah, terasa 'ketat' masa dengan perbagai aktiviti sama ada aktiviti peribadi, keluarga atau bersama ahli keluarga dan juga aktiviti luar. Maklum juga, di hujung tahun jugalah anak-anak sudah mula bercuti sekolah. Kalau di pejabat mengejar Sasaran Kerja Tahunan yang harus di selesaikan.

Tahun baru 2011, semua telah menanam azam yang baru. Peluang membuka lembaran kehidupan yang baru perlu diberikan perhatian. Kerana setiap awal tahun, terasa seronok dan bersemangat semangat, maklumlah azam tahun baru, tetapi bila di pertengahan dan penghujung, selalunya masing-masing hilang arah dan pedoman. Kena check balik dekat mana silapnya perancangan.

Perlu juga merancang aktiviti-aktiviti bersama ahli keluarga. Kalau selalunya terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga terlupa memberikan sedikit ruang masa bersama mereka.

Kata Dato Dr Fadzilah Khamsah, kalau hendak rapat dengan ahli keluarga, kenalah selalu luangkan masa bersama. Kerana dari situlah wujud kasih sayang. Begitu jugalah dengan isteri dan anak-anak kita, kena diberikan ruang bersama dengan mereka dan kita akan lebih memahami kelakuan anak-anak dan isteri kita.

Tak payahlah tunggu hujung tahun baru nak beraktiviti dengan mereka, kena pandai-pandailah mencari masa dengan mereka... ermmm, setuju tu..

No comments:

Post a Comment