Nuffnang

Tuesday, December 14, 2010

POLIS TAHAN PASANGAN MENYAMAR JADI POLIS

Polis menahan sepasang lelaki dan wanita yang menyamar sebagai anggota polis dari Bukit Aman setelah perlakuan mereka yang menahan orang ramai di kawasan pusat membeli belah dan di sebatang jalan di sini mencurigakan.

Mereka ditahan oleh dua anggota polis yang secara kebetulan sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah dan mengesani tindak tanduk mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K Manoharan berkata, penampilan mereka dengan hanya memakai baju pantulan cahaya yang biasa dipakai anggota polis menyebabkan mereka diekori sehingga ke Jalan Air Jernih di sini.

Di Jalan Air Jernih mereka telah menahan seorang wanita yang menaiki sebuah motosikal, katanya.

Manoharan berkata, dua anggota polis berkenaan kemudian menghampiri lelaki berumur 27 tahun dan wanita berusia 22 tahun yang kedua-duanya dari Kelantan dan setelah ditanya mereka mendakwa bahawa mereka dari Bukit Aman.

"Namun apabila diminta mengeluarkan kad kuasa, mereka gagal berbuat demikian dan hanya mengeluarkan kad pengenalan dan lesen memandu sahaja menyebabkan dua anggota kita terus bertindak menahan mereka dan membawa kedua-duanya ke balai polis," katanya.

Hasil pemeriksaan lanjut di dalam kereta yang dinaiki pasangan itu, polis menemui lampu siren, sepasang gari dan beberapa barang lain seperti daun ganja dan satu pasport Indonesia.

Nota kaki : Dah kurang kerja ke, menyamar jadi polis. Kita ingat dulu kecik-kecik berangan nak jadi polis tapi tercapai jugalah walaupun kejap...hehehe

Sumber : Bernama

No comments:

Post a Comment