Nuffnang

Wednesday, December 15, 2010

POLIS TEMUI MAYAT SEORANG LELAKI DEKAT KERETANYA YANG TERBAKAR

Polis menemui mayat seorang lelaki kira-kira 30 meter dari keretanya yang terbakar di Kawasan Perindustrian Fasa Empat, Bandar Sultan Sulaiman di sini hari Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Mohamad Shukor Sulong berkata mayat mangsa dijumpai tertiarap dalam longkang oleh orang ramai kira-kira pukul 7.45 pagi.

Beliau berkata mangsa yang berusia 42 tahun dan bekerja sebagai mekanik dipercayai sedang memancing sebelum tergelincir di dalam longkang berhampiran akibat letupan dari keretanya yang terbakar.

"Mangsa ditemui lengkap berpakaian dan pemeriksaan lanjut menunjukkan tiada kesan kecederaan pada badan mangsa malah semua barang kemas seperti rantai, cincin juga masih berada padanya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad Shukor berkata polis turut menemui jala dan sebilah parang lengkap bersarung dipercayai digunakan mangsa untuk aktiviti memancing dan menjala ikan di kawasan kejadian.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dekat sini untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenalpasti punca kereta mangsa terbakar.

Katanya, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sumber : Bernama

No comments:

Post a Comment