Nuffnang

Friday, December 31, 2010

POSTING SABAH

Bangun pagi tadi kita tengok hp. Baca sms dari adik bongsu lelaki kita. 'Opiq kena mengajar ke Sabah'. Uwaaaa! Tersentap kejap, macam-macam kita rasa. Sedih berbaur gembira. Sedihnya dia jauh dari kami semua dan buat kita gembira nak tau tak? Boleh kesana banyak kali sebab ada adik kat sana...hahaha. Batch KPLI yang sama dia majoriti kena hantar Sabah dan Sarawak. Wah! Adikku boleh menyumpit lepas ni...hahaha

Tadi petang kita jumpa dia dekat rumah abah. Kita datang dia tengah packing barang-barang dalam bagasi. Dapat tawaran pun dalam keadaan kelamkabut, Kementerian hantar melalui sms je. Ahad dah fly ke Kota Kinabalu, isnin lapor di di Jabatan Pendidikan Negeri lepas tu baru tau dekat mana dia kena mengajar. Hope tak kena pendalaman sangat. Rasa kesian pulak tengok dia nak berangkat memandangkan wife dia tengah pregnant. Hope lepas bersalin Hanim dan baby ikut dia duduk Sabah.

Esok malam abah nak buat doa selamat seisi keluarga keberangkatan Opiq ke sabah. Orang paling sedih kita tengok abah. Dia memang harap sangat Opiq tak kena posting jauh tapi sebaliknya.

No comments:

Post a Comment