Nuffnang

Monday, December 20, 2010

PROTON JUAL 4000 UNIT INSPIRA SEJAK LANCAR


Proton Holdings Bhd berjaya menjual 4,000 unit Proton Inspira di seluruh negara sejak dilancarkan pada November lalu.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata Proton Inspira yang juga model terbaru syarikat berkenaan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat negara ini.
Ketika ditemui pemberita selepas perasmian Festival Proton 1Malaysia di sini hari ini oleh Datuk Bandar Alor Setar Datuk Khazali Din, beliau berkata syarikat itu mempunyai perancangan masa depan untuk mengetengahkan model yang berkonsepkan Siri Pahlawan di pasaran negara ini.

Kami namakan konsep ini berdasarkan kepada lima pahlawan yang termasyhur pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi," katanya.

Lima model Proton Siri Pahlawan itu dipamerkan bersempena dengan Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010 dari 3 hingga 12 Disember lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Syed Zainal Abidin berkata konsep ini dipilih untuk melambangkan imej pahlawan yang dikatakan kuat, sekali gus berupaya menggambarkan Proton semakin kukuh kedudukannya dalam usaha menghasilkan produk yang berkualiti kepada pelanggan.

"Kami sudah berjaya berada sampai ke tahap yang begitu baik sekali dan tahun ini sudah masuk tahun yang ke-25, Proton beroperasi. Siri pahlawan ini mampu memberi sinar baru kepada Proton dan membuktikan kegigihan kami kepada masyarakat luar," katanya.
Beliau berkata syarikat itu sedang membuat pertimbangan untuk memasarkan model berkonsepkan Hang Tuah dalam masa terdekat.

Pada Majlis Festival Proton 1Malaysia seramai 50 anak yatim dari Rumah Anak-anak Yatim Darul Aitam Wal Masakin di sini menerima sumbangan berupa wang tunai dan kelengkapan keperluan sekolah.

Sumber : Bernama

2 comments:

  1. salam,

    wah3x... proton makin maju... :)

    ReplyDelete
  2. My Little Diary : Kita je yg x maju2...hehehe

    ReplyDelete