Pulau Manukan, salah sebuah pulau yang terdapat di dalam Tunku Abdul Rahman Marine Park, selain dari Pulau Memutik, Pulau Safi dan Pulau Sulug.
Untuk ke pulau kita perlu menaiki feri lebih kurang 20 minit dengan tambang RM 17 ( termasuk insuran ) dan dikenakan cukai sebanyak RM 6. Sampai di pulau sekali lagi kita akan di kenakan ‘island tax’ sebanyak RM 3 untuk dewasa dan RM 0.50 untuk yang berumur 18 tahun kebawah.
Kebanyakkan pengunjung adalah dari luar negara. Bersama kami adalah pelancong dari London dan Rep. Czech. Perkhidmatan feri yang memuaskan sekali. Kita cuma berjanji bila dan waktu untuk pulang semula ke tanah besar dan mereka akan datang mengambil mengikut masa yang kita ingini selewat-lewatnya jam 5 petang.
Dapat melihat beribu-ribu ekor ikan yang manja dan gedik berkeliaran di bawah jeti, rasa macam nak terjun menyertainya. Sepanjang laluan di jeti, kami juga dapat melihat batu karang yang berbagai jenis dan bentuk kerana airnya yang jernih dan tenang.
Aktiviti snorkling hanya beberapa meter dari pantai dan memang terdapat banyak batu karang berbagai jenis dan ikan yang berenang-renang mengelilingi kita.

No comments:
Post a Comment