Nuffnang

Tuesday, December 7, 2010

SANGGAR HARAPAN

Sebelum menonton berita jam 8.00mlm kita menonton sebuah program Sanggar Harapan di TV9. Sebuah perkongsian pengalaman Azean Irdawaty berdepan dengan penyakit kanser dan kisah anaknya Benjy.

Kita melihat dari sudut positif, memang simpati nasib yang melanda dirinya bagaimana dia bertarung dengan kanser dan masalah yang melanda diri anaknya Benjy. Sedih! Kata-kata seniwati itu menyentuh perasaan saya. Dari riak wajahnya dia kelihatan ikhlas. Kita sendiri mengakui bahawa tidak punya jiwa sekental sekuat itu.

Dia sentiasa mengamalkan sikap redha dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya. Sebagai penghidap kanser, dia sentiasa mengamalkan keredhaan itu membuatkan dia tenang dan berupaya menjalani hari-hari seterusnya.

Sekiranya ditakdirkan pergi dalam tempoh terdekat, dia redha. Namun amat-amat bersyukur jika diberi peluang meneruskan kehidupan dalam tempoh yang lebih panjang. Sikap redha itu memberikannya ketenangan yang merupakan ubat paling besar dalam melawan penyakit kanser.

Antara perkataan yang berkesan di hati kita ' Setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya'

2 comments:

  1. kak ct. ayu taj dapat tengok...
    tapi akak kongsi di entry ini..dah memudahkan ayu faham apa yang terbuku pada seniwati azean..

    terima kasih kak, mmg apa yang berlaku pasti ada hikmahnya seperti kes en zalie...akhirnya dia semakin mementingkan kesihatan...badanya semakin bermaya dan sihat...alhamdullilah

    ReplyDelete
  2. Citarasa Rinduan : Alhamdulilah...apa yg blh aka share...bila kita sakit..kita kena kuat smgt...bukan somi kita, bukan anak2 kita...tp kekeuatan tu pada diri sendiri.....

    ReplyDelete