Nuffnang

Tuesday, December 28, 2010

SEMAKIN RAMAI BERANI MENGAKU SEKS SONGSANG

Sedih dengan apa yang berlaku hari ini. Macammana perkara ini tak berlaku, ibubapa hari secara terang menonton vcd lucah dan melanggan GRO. Hasil dari perbuatan mereka anak-anak menjadi ikutan. Bapa borek anak rintik itulah peribahasa yang patut kita ambil buat kesimpulannya. Ibubapa hari ini masih mampu melakukan solat 5 waktu, ke masjid bercampur gaul secara sihat tapi menonton dan melanggan GRO tidak dapat di buang. bagaimana tu? bagaimana anak-anak tidak mengikut perangai bapa yang nak berjalan sendiri pun tak betul. Pada kitalah permasalahan sekarang 80% berpunca dari sikap ibubapa sendiri.

Selanjutnya sila baca di sini : Budaya seks songsang merupakan satu ancaman kepada negara dan tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkannya daripada terus berkembang menjadi penyakit kronik kepada masyarakat.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, kegiatan itu bukan sahaja menjadi ancaman kepada negara malah turut memberi kesan negatif kepada pembangunan sosial masyarakat.

Katanya, semakin ramai yang berani membuat pengakuan terlibat dengan kegiatan seks songsang itu secara terbuka seperti menerusi dalam talian dan ia merupakan perkembangan yang sangat tidak sihat.

''Setakat maklumat yang kami peroleh sehingga kini, golongan yang terjebak dengan kegiatan seks songsang semakin bertambah luas sehinggakan ada di kalangan pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) juga terjebak dengan kegiatan tidak bermoral ini.

''Oleh itu, Jakim telah mengarahkan agar setiap jabatan agama Islam negeri membuat pemantauan dan pemeriksaan awal bagi mencegah penularan budaya tidak sihat itu di negara ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan seorang lelaki Melayu berusia 32 tahun yang membuat pengakuan seorang gay menerusi salah satu video kontroversi bertajuk It Gets Better In Malaysia: Memberi harapan untuk lesbian, gay, biseksual dan transeksual.

Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut pula berkata, badan-badan kerajaan serta bukan kerajaan perlulah bekerjasama menangani masalah tersebut kerana masalah tidak akan selesai sekiranya semua tanggungjawab memantau dan menanganinya diserahkan kepada pihak berkuasa seperti jabatan agama Islam semata-mata.

Katanya, kerjasama itu perlu dalam usaha membendung masalah yang menjadi wabak dalam masyarakat pada masa kini.

''Hukuman sahaja tidak akan menyelesaikan masalah ini. Jika untuk jangka masa pendek, mungkin ia membantu tetapi bagi jangka panjang ia tidak memberikan impak besar dalam menyedarkan kumpulan itu supaya menghentikan kegiatan terkutuk tersebut.

''Justeru itu saya berharap semua pihak termasuklah badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan dapat mengambil tindakan serta inisiatif tersendiri bagi mengatasi masalah ini seperti mengadakan program kesedaran. Jangan tunggu keluar berita di akhbar sahaja baru mahu bertindak kerana ia sudah terlewat,'' jelasnya.

Noh menambah, masyarakat terutamanya golongan beragama Islam perlu ingat bahawa pernah wujud kaum pada zaman Nabi Lut dahulu yang mengamalkan kegiatan songsang itu dan akhirnya menerima balasan ditelan oleh bumi.

''Kita jangan fikir perkara seumpama itu tidak boleh berlaku pada masa ini. Justeru saya menyeru kepada golongan terlibat supaya segera bertaubat manakala masyarakat sekeliling membantu menyedarkan mereka dan jangan mengambil sikap lepas tangan terutamanya golongan ibu bapa,'' katanya.

Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment